Petang semalam balik keje sekali terserempak ngan akak² indon ni duk edar iklan kt pintu² rumah..Ingatkan iklan perabot murah ke kan?Nak fikir iklan insurans atau pinjaman macam tak sesuai la pulak..hihi bila dah sampai di pintu rumah baru tahu apa lah yang diorang duk iklan kan tu.
servis cuci² rupanya..pelbagai jenis servis yang ditawarkan..
pandai diorang iklan kan time² orang sibuk nak sambut syawal ni.yelah bila nak menjelang hari raya ni lah kita nak kemas rumah, tukar langsir, cuci sana sini dalam rumah kan?Kalo kita tak daya atau tak sempat nak buat boleh jugak amik khidmat diorang ni.Ada duit semua boleh kan?
tetiba terfikirkan Ahkak Geli yang mencari² servis cuci² datang balik hari macam ni.