Saja nak kongsi ngan kawan² blogger pastu nak abadikan dalam blog ni kot mana tahu satu masa nanti mama tak da Darwisy boleh baca semua kisah dan perjalanan hidup kita dalam blog ni.Boleh tengok gambar² mama, papa masa muda dan gambar darwisy masa kecil kan. Dan paling penting Darwisy boleh jugak tengok gambar mama masa ngandungkan Darwisy.Boleh tengok macam mana rupa mama dengan perut besar tu.
Alkisahnya masa pregnantkan Darwisy hari tu genap 39minggu 28 hari(kalo tak silap) tetiba baru rasa nak gi joging ala bukan joging lari² anak tu just jalan² kononnya nak senang beranak kan.Kiranya due jumaat, petang rabu baru pikir nak exercise! hahahaha tak de dalam kamus @ mana² buku pregnant pon kata lagi 2 hari nak beranak baru start exercise! eh tak tahu la kalo ada kan.
Rasa nak exercise tu pon sebab macam risau pulak orang asyik bertanya 'tak beranak lagi ka, orang selalunya beranak awal'. Risau pulak takut terlebih due.Konon gi exercise tu nak cepatkan la beranak kira bajet jumaat tu kompom Darwisy kuar dari perut. hahaha amik ko lepas exercise malam tu jugak pukul 2pagi terus sakit nak beranak!! tak sempat tunggu jumaat dah.
Tapi kan masa jalan² konon exercise tu sempat lagi nak posing konon pegang dragon Ball!!

Bila tengok balik gambar ni, teruknya la muka ai time pregnant. hidung jadi kembang, muka tak bermaya, mata sembab. Kadang tengok orang pregnant giler ah segar, tak nampak perubahan apa kecuali badan je dah tu pulak masih tetap cung w/p pregnant!!

Yang bawah ni pulak kononnya mentari keluar dar mulut!


Aduila kalo plan nak gi joging je mesti siap kamera w/p kamera henpon!joging sambil bergambar!

Nota ringkas: Rasa penat, nak pitam, sesak nafas, mengah masa pregnant sampai sekarang masih terbayang². Lagi la masa sakit dalam labour room pastu kena jahit pulak kadang rasa macam mimpi ngeri bila teringat balik.Macam mana nak lupakan eh pengalaman ibarat mimpi ngeri tu??


oooh, akak pun sama, kdg2 terasa mimpi ngeri tu, takkan hilang dr ingatan selamanya..huhu..tapi if org tanya nk peknen lg tak?..sure mesti jawab...naaaakkk laaaa... =P