Selamat pagi semua..weekend yang sangat letih.terbawak² sampai hari ni..Harap monday tidak menjadi blues.huhuhu..Biasalah bila dah nak raya ni sibuk membasuh, mencuci, mengemas rumah.tu pon tak habis lagi..ntah bila pulak nak sambung.kan bagus kalo ada pembantu rumah..takde lah badan ni terasa penat sangat.
Sape kata buat keja rumah tak penat? dalam 1 masa perempuan boleh lakukan macam² jenis keja..betul tak? basuh baju, mop lantai, kemas itu ini dalam 1 masa..eh korang jangan imagine 2 tangan ni yang melakukan keja dalam masa yang sama...huhuhu memang lah tak dapat kan?macam ni..dalam masa sama baju tengah berputar² dalam mesin tu, dan masa tu jugak kita dapat mop lantai, kemas dapur, basuh pinggan mangkuk semua..kagum kan? *sambil rasa bangga
Tak pernah lah pulak terfikir nak amik upah servis cuci² yang bayar ikut jam tu..Kalo rumah banglo ke tak daya jugak mak..memang harus amik lah servis diorang tu..kat rumah ni masih ada lagi kudrat 2 orang yang boleh lakukan keja.huhu..kalo rajin semua keja akan jadi mudah..bukan susah sangat setakat nak mop lantai dapur comel ku itu, basuh baju untuk 3 orang pakai, lipat kain, cuci toilet kecik tu..kalo MALAS je memang tak jadi keja.huhuhu
Sebelum balik kampung ni haruslah kemas semua kasi bersih ye tak?dah nak raya ni..takkan balik raya nak tinggal rumah bersepah..haihh tak sanggup mata mak melihat..balik dari kampung nanti lagi lah penat nak kemas itu ini..baik settle kan sebelum raya.supaya bila kembali ke rumah nanti boleh lah sambung raya dengan tenang kan..nak² tetiba tetamu datang berkunjung tetiba..takkan time tu baru nak mengemas kan?huhuhuhu
Bila terkenangkan kampung halaman, nak balik raya ni buah tangan jangan dilupa..hihihi
4 pasang telekung raya..1 utk diri sendiri, 1 untuk mak(dah bagi pon), 2 lagi utk MIL n mak nya dan beg tangan tu untuk wan di kampung..wan tak nak telekung katanya anak dah hadiahkan telekung dari Dhubai..so ku beli jelah henbeg..hihihi
Kat rumah ni ha dah siap gantung langsir raya..hihihi sofa raya je baru order..seminggu lepas raya baru dapat, sempatlah kami balik semula ke sini..hahaha giler kentang beraya sakan mak tahun ni..alhamdulillah ada rezeki lebih sikit
Semua kelengkapan raya dah settle minggu lepas lagi..kuih raya pon dah dapat semua..boleh raya dah ni..
Masuk ramadhan, langsung tak sempat nak online hari minggu..lagi penuh jadual dari hari biasa..huhuhu