Salam jumaat
Buat pertama kalinya goreng ayam menjadi.Eh, bukan tak pandai goreng ayam tau.Ni nak jadikan kerak pada kulit ayam tu supaya bila makan je ada bunyi kruk krak! Pagi pas sahur ternampak iklan Oat kat tv iklan oat ke iklan tepung tak ingat..Rupanya cara nak sedapkan ayam goreng golekkan ngan oat eh...Napa baru sekarang ku tahu?haishh lambat betol.
Semalam try buat untuk juadah berbuka.Memang betol² menjadi! Sedap pulak tu! Kami gunakan Oat dengan tepung Radix Fried Chicken(RFC).Bila dah siap goreng ni la rupanya, gambar masa buat tak amik pulak.
Amacam??macam KFC kan?kalo macam ni punya sedap rasa macam mau makan hari²
Petang semalam punya entri kan ada kata macam nak beli je lagi juadah berbuka, tak sangka balik je dari klinik try la ushar² kuih kat Foodcourt Presint 9 depan klinik tu, memang terjumpa la kuih² feveret kan.Haruslah beli! Kan dah kata ni yang malas nak mula membeli ni
banyak tol ek kuih ngan lauk dijual kat situ.Macam tak terpilih lauknya.Nampak macam lagi bersih+sedap dari bazaar ramadan Presint 2 tu.. Niat nak beli murtabak tapi memang betol² ada murtabak kat situ.Jalan² terbeli jugak kuih lain.
Murtabak Presint 9 RM3. mahal ke?tak tahu harga murtabak sekarang berapa.Ni pestime beli bulan puasa
Lepat pisang dan Kuih pelita setiap satu RM0.50.
Nasi kerabu kosong RM3.50
Nasi Kerabu tu kami kongsi 2 orang.tu pon banyak tau nasi dia.Beli sebungkus je sebab masing² ON DIET ok! makan sorang sikit. bulan puasa la boleh tahan nafsu makan..Peluang untuk turunkan berat badan jugak..ekeke Balik rumah tu yang goreng ayam makan ngan nasi kerabu
Nota Ringkas :Hari ni chekgu tu cuti..Tak aci tau!
tgh edit template ke..sebab tgk gmbr ni terlebih besar dh termsk dlm side bar