Cubaan membuat Ayam Goreng berempah!!

Salam all..pagi² ni dah nak cerita pasal makan.aiyaa.Takpela ek.Lagipon perut tengah lapar ni elokla jamu mata dulu.huhu.Semalam seharian kami kat rumah.Masa naman nak gi pasar dah pesan barang² untuk masak apa yang kena beli.Ahad kenala masak, sabtu dah cari makan kat luar.

Hajat nak buat sup.Benci arghh selalu buat sup mesti tak jadi pekat dan sedap.Asal buat je cair..asal buat je tak umphhh..huhu.Cubaan semalam betul² menjadi!

perapan ayam dengan bahan² yang diperlukan..agak rumit nak sedia itu ini.Kalo goreng kunyit lagi cepat kan.ni memang betul² cubaan sebab tak pernah buat lagi sebelum ni.

ayam goreng berempah siap!!pelik kenapa tak jadi warna hitam.Takpe! rasa tetap sedap!

sup ayam! kuah yang pekat dan sedap.Selalu buat letak kentang lenyek sikit je kali ni letak lebih sikit baru lah pekat!Dan jugak perencah sup untuk menyedapkan lagi..

sup ayam kami buat makan dengan bihun petang semalam.Dah jadi bihun sup pulak..kekeke

Puas hati kali ni buat sup menjadi.Selalu tu bukannya tak jadi, tapi cair..huhuhuhu.Tetiba teringat sup air tangan Acu Mail ku di Jeddah sana nun..Sup gear box beliau sangatlah sedap! Bukan pompuan je pandai masak laki pon teror.

*Korang suka sup pekat ke sup cair tu??

0 comment... add one now