Gayakan shawl dengan inner lebih mudah & tak banyak songeh..

Tetiba terasa nak buat entri ni sebab ada komen dekat entri² lepas cantik gayakan shawl dengan inner tu..Apa salahnya kongsi kat sini kan.huhuuhuu

Tak banyak songeh dah macam gaya orang la pulak kan.apa yang dikatakan tak banyak songeh?ha gini..kalo korang pakai shawl atau tudung tapi asyik la tangan ni kena perbetul sebab licin la, sebab muka nampak bulat la, tersenget sikit la, itu ini macam² hal tu la banyak songeh.Rimas dan tak selesa kan?
trend me sekarang lebih suka pakai shawl dari tudung bawal.Tudung bawal ni songehnya kat lipatan muncung hujung dahi tu.Kalo jenis licin mula la dia buat hal terpeleot sikit ke senget ke.aduila..leceh..pastu nak pakai pon bersiap punya lama.

Bila hati dah jatuh cinta dengan shawl, pakai la jugak walaupon muka ni nampak bulat sangat.Walaupon dah spray dengan Kiwi Kleen untuk kasi keras sikit muncung shawl tetap bulat jugak muka.



Lepas tu Ayunar dah keluarkan inner 2 tone dan 3 tone.memula tu macam pk 4,5x gak nak try ke taknak.Sebab dah try macam² jenis inner tapi inner jenis melekat kat dahi.Pakai inner sebab tak nak shawl nampak bulat, ni dah terlebih bulat pulak.Tapi bila dah try inner ayunar wajahku dah berubah macam kat bawah ni ha



Amacam?dah tak bulat lagi kan?serius inner ayunar ni takkan buat muka korang nampak bulat.pandai² la korang bentukkan dia.Sebab dia bukan jenis melekat.material kain jenis jersi.

Bila ber'inner' dah tak perlu la shawl tu banyak songeh nak licin ke, nak bentuk bulat ke..Tak perlu da tangan ni duk banyak kerja jap² asyik perbetul shawl..leceh!Hari tu ada orang komen kat entri lepas pasal inner cantik.Cubala korang beli dan try..banyak color² yang ada.Nak nampak lagi cantik pakaila inner ngan shawl color yang berlainan barula menonjol.Lepas tu rasa lebih yakin sikit sebab muka tak nampak bulat macam bola!

Koleksi Inner ku kini


Beli yang 2 tone je..

contoh cara gayakan inner 2 tone

*entri ni bukan nak promote pasal inner ayunar tau..tapi inner pilihanku! ada jugak pengeluar lain yang keluarkan inner material jersi ni..Pandai² la korang cari..Tapi kualiti tak pasti la sama atau tak

Sempat bergambar ngan ayun masa beli inner kat dia haitu

Sharing Is Caring

0 comment... add one now