Disebalik tabir pembikinan Gambar Pasport :P

Woaaa..ini bukan mau felem(gaya Mr david)..just amik gambar pasport kat kedai gambar..Panjang pulak cerita nya padahal nak ambik gambar aje pon..

Ok iols pendekkan cerita jelah..Ahad lepas, konon nak makan di bangi sambil ambil gambar pasport di kedai gambar seksyen 15 yang kitorang dah biasa.. tapi tutup pulak dia hari ahad..terus menuju ke sebuah Kompleks beli dan belah di Bangi..kebetulan situ pon ada kedai gambar kan.. Malas nak cari kedai lain dah..sampai kedai terus je budak tu amikkan gambar pasport kami..ni yang dikatakan disebalik pembikinan tu..hahaha

darwisy ni bukan macam dulu dah..dah tak mesra kamera..kuat malu sungguh anak mama..kalo dulu kecik² tala je kamera terus pose maut..tapi ni gambar skema takkan nak buat peace pulak kan..nak senyum sikit pon dia malu..haihh:"


ni pulak gambar pasport bersama..ada ke? hahaha..nak amik gambar danish terpaksa lah macam ni gayanya..nak kena pegang kan..lepas tu dia crop kan org kedua kat belakang tu..ngeee:-SS


sori tersalah fokus pulak dah..tapi inilah hasilnya..nampak tak bahagian kepala tu? nampak sangat comotnya..mungkin dia tak mahir dalam photoshop barangkali:-?

ok takpe boleh terima lagi gambar danish ni mungkin susah sebab nak crop bagai kan..tapi bila tatap pulak gambar kitorang bertiga makin jelas pulak nampak kualiti gambar nya..dengan glossy paper murah, gambar blur, color gambar tak pekat, macam gambar fotostat color je tau..gambar iols siap pecah² lagi..gambar cikgunaman pula sebelah nampak lengan sebelah xnampak..acaner tu?*tak sempat snap bukti budak tu amik untuk kira kerugian katanya dah rupa amik gambar buat main² pulak kennnX(

Harga gambar pasport seorang RM15*4 RM60+CD RM3= RM63 harga yang telah dibayar$-)dahla harga sekeping gambar dia letak tu standard harga di kedai gambar yang menggunakan mesin pencetak yang canggih..bukan nak compare peralatan..tapi tak patut kot dia letak harga camtu[-)dengan guna printer biasa macam kat rumah iols je, amik gambar pulak takde lampu bagai..hanya speedlite semata..:-w

Lepas aje makan terus berdesup semula ke kedai gambar tu.sebagai customer takkan nak terima je kan..Cikgunaman siap bercakap lagi dalam telefon dengan tokey kedai tu(dia ada job luar)..bla..bla..bla.. last dia cakap refund lah..kitorang nak bayar untuk harga gambar seorang je tapi budak tu refund semua..bayar RM3 saja utk CD..

*Pertama kali masuk kedai gambar tak cukup peralatan, lampu takde, amik gambar pon takde cakap duduk tegak, kiri sikit, kanan sikit..main tangkap muat aje..Kalo tak cukup peralatan, kualiti gambar pon agak kureng tak boleh lah letak harga mahal standard kedai lain..[-X

0 comment... add one now