Jom join cabutan bertuah. Ada cash, photobook, photoshoot dan FM. Sila ke iPhone 5 Gadjet Impian untuk maklumat lanjut.
Walahhh..sana sini orang sibuk order durian crepe..sedap katanya..dah menjadi menu hot di online..mudah sungguh kan..makanan pon boleh order di online..order bayar dan hantar aje..
Sedang enak menjamu mata dengan gambar² durian crepe kt FACEBOOK tetiba ternampak satu resepi cara nak buat durian crepe..terus rasa nak share sini..mana tau ada yang rajin nak buat dan pos ke sini..hahaha
durian crepe hijau uolss..biasa tengok color kuning aje kan..
Bahan2 crepe;-
250g gandum
3 bj telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning
Cara2:
1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudia tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sdkt myk.
5. Tuang 1 senduk kecil dan msk crepe. X perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.
Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream
Cara2:
1. Pukul whipping cream dlm mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.
Cara2 bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian ttp semula dgn whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.
Amacam? senang tak? kalo dah buat tu jangan lupa hantar sini ye..haihh..Tengah tangan menaip pon boleh terasa kesedapan durian crepe..achaner tu? belum makan lagi ni..
UPDATE: RESEPI DARI BLOG AZLITA