Mengambil gambar pasport untuk kali ke2 | MURAH

sambungan dari entri Pembikinan Gambar Pasport..haihh tak pasal jadi ber 'part' pulak.. Part kedua, sebagai penutup cerita sukaduka tempohari..hahaha

Lepas aje settle dapat balik duit yang di refund tu, terus kitorang balik Putrajaya..Kata member dia amik gambar pasport kat situ jek.hasilnya pon ok..apa lagi terus ke situ lah kan..mak tak pernah tau pon ada kedai gambar kat situ..hahaha Ingat kat alamanda jek!

Amik gambar anak² je dulu..keadaan mak yang berpeluh², make up pon dah cair tak sanggup kot nak amik gambar..kahkahkah..bajet retis ko!amik gambar nak cun saja!

Cam gini baru betui kedai gambar uolss! ada lampu bagai, baru lah gambar pasport tu tak BLUR.. bukan harapkan lampu atas siling tu semata[-)


cam gini jugak kaedah nak amik gambar baby..sama je la dengan kedai "itu"..kena crop jugak kan orang kedua kat belakang tu?

Kedai gambar presint 15 ni bisnes orang melayu jugak..tapi boleh aje hasilkan kualiti yang baik..ada pulak si Tokey kedai(rujuk entri sebelum) boleh cakap u pegi lah amik gambar kat kedai Cha ya nun alif.. haihh ada ke patut cakap macam tu..ni payah kalo tak leh terima komplen customer#-o

Peralatan printing..besar gedabak! Tapi harga gambar tetap tak mencekik darah walaupon guna printer canggih untuk hasilkan gambar yang baik=D>

hasil gambar 2 beradik tu..cantik macam kedai² gambar lain jugak..glossy paper tebal sikit, kualiti gambar cantik, jelas dan yang penting tak BLUR..Harga gambar darwisy RM10 aje uolls dan danish pulak RM15 sebab nak kena edit..+ harga CD RM4.50

Gambar iolss tu 5tahun yang lepas punya uolss...aci dak guna gambar tu aje untuk buat pasport?? mana tau kot dia reject kan sebab muka 5 tahun yang lepas punya GILA REMAJA<:-P
Cikgunaman punya gambar tak banyak perubahan walaupon 3 tahun yang lepas ambik gambar untuk interview sah jawatan di SPP..Jadi kita guna aje gambar tu..haha jimat duit!:D/

Apalah sangat harga RM10 dan RM15 tu..mahal RM5 je pon..tapi sebagai customer takkan nak terima aje hasil gambar yang teruk dengan perkhidmatan yang dibayar..bukan free..dan sanggup ke nak tatap gambar pasport sendiri dengan bahu senget sebelah..dan tengok hasil gambar anak jadi begitu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

0 comment... add one now