Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta


Tema Kemerdekaan kali ke-57




Huraian Kepada Logo Kemerdekaan kali ke 57



RASIONAL LOGO
Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

MAKSUD WARNA LOGO

Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.

Zahirkan Kecintaan Kita Terhadap Malaysia


Jagalah Perpaduan

Kalau kita melihat pada huraian logo tersebut, jelaslah bahawa tanggungjawab kita sebagai warga pasca merdeka wajib mengekalkan keharmonian negara. Tiada siapa yang mahukan negara mereka dalam keadaan huru hara kan? Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Sekiranya ada yang menghidupkan api perkauman, keharmonian yang selama ini dinikmati kita akan tergugat. Jadi waspada lah apabila berbicara lebih lebih lagi dengan kepesatan teknlogi dalam media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Jagalah sensitiviti agama dan perkauman kalau inginkan Malaysia yang aman.

Jagalah Keindahan Malaysia

Kalau kita lihat, kesedaran sivik rakyat Malaysia belum lagi sampai ke tahap tinggi. Ianya boleh dilihat melalui sampah sampah yang bersepah setiap kali adanya acara acara keramaian seperti Sambutan Kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru dan sebagainya. Kalaulah pelancong pelancong luar lihat keadaan itu, sudah pasti mereka akan memberikan tanggapan negatif terhadap rakyat Malaysia.

Juga, jagalah kesihatan alam sekitar kita. Elakkan amalan pembakaran terbuka termasuklah asap rokok ;p. Ingatkah lagi kita semasa negara dilanda jerebu yang teruk? Haa..itulah akibat perbuatan tak bertanggungjawab kita. 'What U give, U get back'.

Sokonglah Produk Tempatan

Ya. Malaysia juga adalah negara pengeluar produk yang pelbagai. Dari kecil kecilan hinggalah ke industri yang besar seperti automotif, Malaysia mempunyai produknya sendiri. Siapa lagi yang nak menyokongnya kalau bukan kita rakyat Malaysia ini. Kalau tak semua, sokonglah sebahagian daripadanya mengikut keperluan masing masing.


Cintailah negara kita kerana ianya anugerah Allah untuk kita jaga bersama. Jom sahut cabaran Denaihati dengan menulis entri Di sini lahirnya sebuah cinta.

2 comments.. read them below or add one