Lebih baik kita fikir macam mana nak atasi masalah penambahan kos belanja tiap² bulan gara² harga minyak yang naik 20sen tu
cara 1
tak habis di meter tapi habis di tank jugak kan?? hahaha
Cara 2
Bagaimana menghadapi kenaikan harga minyak (baca: pengurangan subsidi) gaya orang bijak.
Mr Angry : Minyak naik 20 sen!!! Lebih kurang 10%!! Sengkek la lagi bajet. Barang yang lain pun sure naik punya.
Mr Cool : So apa kau boleh buat.
Mr Angry : Tak boleh buat apa. Boleh marah jer.
Mr Cool : Boleh ubah MOF?
Mr Angry : Tak boleh. PRU14 la kalau ada peluang.
Mr Cool: Kalau kau jadi MOF or PM, apa yang kau akan buat untuk baiki credit rating negara?
Mr Angry : Jangan ingat nak jadi MOF, aku Math Moden pun cukup makan.
Mr Cool : Kau tahu sekarang ekonomi tak berapa baik dan Malaysia paling teruk dan bakal paling teruk terjejas di Asia?
Mr Angry : Tak baca la. Tengok bola jer. Meng U kalah hehehe..
Mr Cool : Ok so kau tak mampu bagi cara lain. Aku assume pengurangan subsidi adalah tindakan baik selagi kau tidak boleh bagi cadangan lain.
Berapa expenditure petrol sebulan?
Mr Angry : RM400. Naik 10% jadi RM440. So lebih RM40. Lari bajet RM40.
Mr Cool : Lari bajet RM40. Hisap rokok tak?
Mr Angry : Mestilah, namapun Mr Angry.
Mr Cool. Berhenti segala macam rokok, ecig dan seumpamanya. Berapa bajet rokok sebulan?
Mr Angry : Rokok sekotak sehari. RM10. Sebulan RM300.
Mr Cool : Berhenti merokok dapat save bajet RM300-40 = RM260. Mungkin boleh pakai ron 97 lagi. Enjin jer exhaust keluar asap, itupun dekat belakang. Manusia ni mulia, tak perlu keluar asap dekat mulut tempat makan dan berzikir.
Mr Angry : Adeh, kena setepek.
Mr Cool : Ada astro?
Mr Angry : Mesti lah ada. Nak tengok BBC, Bloomberg, Discovery Channel. Hehe.
Mr Cool : .............
Mr Angry : Ok2. Guna tengok bola jer biasanya.
Mr Cool : Berapa bil astro?
Mr Angry : Rm60.
Mr Cool: Stop Astro. Dah ada lebihan RM320 (RM260 +60).
Mr Angry : Huhu. Sedihnya. Hidup tak bermakna tanpa Astro..
Mr Cool : Apa cakap macam ni. Mana iman kamu?
Mr Angry : Baik-baik. Gurau jer tu.
Mr Cool : Ada lagi komitmen lain yang tak perlu? Kot Memot, ansuran mudah, kontrak lain-lain, subscription yang tak perlu? Unifi?
Mr Angry : Ada 2-3 ansuran mudah. Beli LED TV dulu. Unifi pun ada. RM150.
Mr Cool : Ada savings, bayar semua tu sampai habis. Mulakan bajet baru, cash flow baru.
Internet tu downgrade ke pakej mobile RM68 jer. Boleh jimat banyak. Kurangkan download movie tu.
So ada cash flow lebih at least RM400.
Mr Angry : Baik tuan. Tiba tiba rasa bersemangat ni.
P/s: Tidak bermakna saya suka harga minyak naik, tapi dialog di atas adalah untuk fokus kepada penyelesaian.
*Mujurlah takde siapa yang merokok kat rumah..tv pon beli cash *amboiberlagaknya..hahaha.dah jimat disitu khenn??Boleh lah fikir² pasal pemotongan Asteruk pulak lepas ni..wakakaka kalo harga barang naik kita makan biskut kering je lah hari²..adehhh