Review Templat Baru Denaihati


Denaihati.com adalah blog personal no 1 di Malaysia. Kehadiran blog ini banyak memberi impak kepada blogger-blogger Malaysia dan tak lupa juga dari Indonesia. Dah beberapa kali kitorang terlibat dengan event yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti Sepetang Bersama Blogger. Naman juga beberapa kali menang tunai dan terbaru menang iPhone 5 dari contest anjuran denaihati.Dari majlis Sepetang Bersama Blogger jugak 2 tahun berturut nama saya membawa tuah memenangi hadiah cabutan bertuah.Selain itu saya mengenali ramai rakan blogger melalui Blog Denaihati, banyak jugak ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi dari majlis yang saya hadiri.

Denaihati sering menitikberatkan keselesaan pembaca dalam menentukan templat blognya. Baru² ni Denaihati.com berubah wajah lagi.Kali ni tampil dengan lebih ringkas .

Make over blog Denaihati adalah make over yang ke empat semenjak berpindah ke platform WordPress. Perubahan paparan baru ini adalah perubahan sempena bakal menyambut ulang tahun ke lima blog Denaihati berada di persada alam maya. Kalau pembaca melihat archives Denaihati pasti dapat mengimbau entri pertama blog Denaihati lima tahun lepas ketika itu di platform blogspot pada 13/7/2008.-petikan dari entri Denaihati



Di bahagian headernya nampak semakin ringkas tetapi lebih padat, khususnya button social seperti gambar di atas. Jadi pelbagai cara kita boleh mendapatkan update terbaru Denaihati, samaada join group FB Denaihati Network, twitter dan lain-lain.

Di bahagian entrinya menampakkan perubahan dari segi saiz ruangan entri. Ruang entri semakin besar, menjadikan lebih selesa untuk dibaca, dan juga lebih seronok tengok gambar dengan saiz yang lebih besar.



Di bahagian paparan utama pula memaparkan 6 entri dengan thumbnailnya yang besar, lebih menarik perhatian pengunjung untuk membaca kesemua entri di muka hadapan. Walaupun enam entri di muka hadapan dengan gambar yang besar, bila buka blog Denaihati ni sangat laju. Jadi kalau internet tak berapa laju pun jangan risaulah..hehe




Di bahagian sidebarnya tampil lebih ringkas. Memaparkan banner blog travel, Denai.my, Kedai Denaihati , entri terkini dan juga tag travelog khas kepada kaki² travel..hehe.


















Di bahagian footer pula kita boleh lihat aktiviti² Denaihati Network dan juga syarikat² yang pernah bekerjasama dengan Denaihati. Nampak tak betapa hebatnya Denaihati ni bekerjasama dengan syarikat² besar. Pengiklanan yang beliau dapat bukannya sikit² harganya..ehehe.


Nampaknya perubahan besar kali ni adalah lebih ringan dan ringkas. Tetapi pengisiannya tetap sama, berinformasi dan insha Allah bermanfaat. Yang paling menarik adalah petikan ini :

Dalam tempoh enam bulan ke hadapan berbagai sistem baru akan diintergerasi secara berperingkat di blog Denaihati. Blog Denaihati bukan sahaja sebuah blog personal tetapi bakal menjadi sebuah platform yang akan memberi kenikmatan baru kepada Rakan Blogger

Jadi sama-samalah kita nantikan apakah bentuk perubahan itu. Jadi jangan lupa sentiasalah bersama dengan Denaihati.com.

0 comment... add one now