Pakej Spa ni adalah untuk kami suami isteri.Sebab susah nak tinggalkan danish pada SIL, pakej untuk naman tu bagi pada SIL.Kami yang pompuan² je lah yang pegi Spa.Yang lelaki bawak anak² pegi lepak Pantai Cenang pekena laksa.
Kitorang pegi Ishan Spa hari masa ketiga kat Langkawi. Travel Agent dah set appointment untuk pakej spa kami jam 4 petang..Ngam² Lepas aktiviti naik cable car kat Gunung Mat cincang yang makan masa setengah hari tu terus zass pegi IShan Spa..
Kata staf Ocean PAcific, IShan Spa adalah Spa terbaik kat Langkawi..
Setelah di riki² IShan Spa ni kepunyaan India..Tapi konsep dalam Spa ni memang macam Indon punya style..sangat klasik..
Klasik kan ala rumah kampung gitu..dan tukang urut dia orang melayu kita..hehe
SIL yang sedang preggy 4 bulan..Kata staf Ishan Spa, preggy 4 bulan dah boleh mengurut..Tapi yang ringan jelah..Bukan massage kat bahagian perut.
Sebelum mula Massage, dia jamu air limau dulu..
Pakej yang kitorang dapat ni hanya RM300 jek! Tak silap pakej yang paling murah.. haha ok lah benda free kan..
Ok jom kita mulakan perjalanan..Ekceli tempat massage dia dalam pondok² gitu..kena jalan keluar sikit ikut pintu belakang..
yang bangunan berbatu ni kitorang punya bilik massage..Klasik kan ala rumah kampung gitu..hehe
Yang atas ni pon macam cantik je kan..Tapi kena naik ikut tangga tu..KAt belakang sana nun pokok² besar yang tinggi..Siap ada lutong lagi..spesis kera yang warna hitam tapi muka putih tu..haha
ni bilik nyaaaa.. sangat klasik! macam jawa style kan? feeling rumah kampung yang ada aircond..pintu belah kanan tu bilik shower..untuk yang amik pakej mandi bunga semua boleh lah feeling dalam bilik mandi tu..memang macam rumah kampung..pencahayaan dia dari bumbung lutsinar uols..hee
yang berlangsir tu bilik salin..
senarai pakej yang ada si IShan Spa..kitorang punya pakej aromaterapi RM150 .martenity massage pon ada.
best ni kalo dapat mandi bunga..tak pernah lagi cuba..dulu masa nak kahwin buat naik seri dengan mandi susu je..wakaka
budak yang kerinduan setelah berpisah 1 jam..haha kompom dia fikir mana mama pegi tetiba hilang..
KOmen selepas massage..puas hati dengan servis dia! dah rupa kena urut dengan bidan..sedap dan best sangattt! badan yang penat² masa datang tadi terus rasa ringan. Kaki badan semua ringan je..rasa fresh macam baru bangun tido..hehe.. berbeza sangat dengan pakej free masa menang conco contest J&J haitu..(tak buat entri) kata pakej rm488.. tapi macam hampeh kot..macam urutan kat rumah jek..wakaka