Thanks kawan² yang komen pada entri 1st birthday Danish semalam..terharu mamanya..hehe
Ok hari ni nak sambung lagi cuti pasal Langkawi ni.Nak tak nak kena buat jugak entri berpart sebab aktiviti kat sini lain hari, lain waktu..kalo di combine semua kompom orang tak baca langsung.hewhewww sebab jadi berjela panjangnya nanti..
Mungkin entri tak seberapa kat blog iols boleh dijadikan bahan rujukan buat kawan² yang belum sampai Langkawi..Ok Mari mulakan cerita..
Hari terakhir menginap kat Berjaya Resort Langkawi, baru sempat nak terjun pool..benda paling best adalah kita main air!
pool dia besar jugak tau..Kalo tak silap ada 3 pool kat sini..time ni hari pertama kitorang pusing sini.Macam ramai je tak selesa pulak nak terjun.
hari ketiga pagi..yeayyy!takde orang langsung! Leh main air dengan aman damai..
tengokkk! kami je kat sini..Sakan depa bergambar..mentang² takde orang kan?
aksi ni yang kalut duk rakam tadi..
cool! snap² pakai kamera kompak biasa je pon! hikss.. nanti ai share ye cane nak snap gambar dalam air tanpa kamera waterproof
cuaca pon cantik je pagi tu..alhamdulillah..semalaman riso takut takde rezeki nak bawak darwisy mandi pool..hari kedua pagi tu tak jadi sebab hujan..
kemain dia menyegih tau dah bape lama kan duk minta pegi hotel ada pool..takde private pool pon takpelah nak..hikss
mujur ada sepupu darwisy..Si abang aiman ni lah yang rajin melayan darwisy..
oppss! 1 Malaysia..hahaha..
budak ni kalo main air kepala pon tak basah..baju pon basah tak basah je..adehhh
opps lupa nak bagitau..pool ni betul² kat belakang lobi resort..tapi mengadap tempat makan..sambil makan boleh tengok minah salleh mandi..haha
sempat lah mama main air..menangis² danish tengok kami dari jauh..wakakaka..
bila takde orang susah jugak nak tinggal anak mandi sensorang kat pool budak tu..haihh..terpaksa mama pon berendam dalam pool cetek ni..hahaha
kemain depa dua beranak konker pool..sorang pool bawah sorang pool atas..dah nak balik baru lah ada orang datang..
pool yang dalam ni lantai dia cantik sebab kebiruan..pool cetek untuk budak tu kusam je color lantai dia kan..
matahari nak memancar baru lah ada mat² dan minah salleh datang..siap berbikini seksi wooo..terus kitorang siap² nak balik bilik dah..
Lepas mandi puas² terus balik bilik..masa untuk packing..check out sini check in hotel lain pulak..hehehe..
*dari semalam tak boleh blogwalking..internet kat sini slow cam siputttt..loading kemain lama lagi pastu error..LOL