Giant Bubble di Dataran Gemilang, Putrajaya

Lepas pekena Cendol Bakar Kuala Selangor di Dengkil, Otw balik rumah singgah kejap Dataran Gemilang.Hajat hati nak cari Giant Bubble kasi darwisy main.Meriah jugak ek Dataran Gemilang dengan aktiviti menjual, Live Band, dan budak² mandi pool.

cam gini je rupa dia.Untung jugak ni port biz kecik je tapi bawak pulangan banyak jugak.

Ingat kan untuk sewa je.Ada jugak dia jual dalam botol rupanya.Kalo beli sebotol boleh main sampai lebam ye dak?hat jenis anak ramai tu lagi better beli sebotol kot.Jimat sikit.

yang dalam mangkuk tu lah untuk disewa.Harga mengikut size Giant Bubble yang kita nak.Paling murah RM2 dan paling mahal tak ingat  lah pulak..haha Kitorang sewa yang paling murah jek RM2.

Mula² darwisy main kemain besau lagi bubble nya!

Tersalah pegang sikit.Patu pegang hujung batang tu.Baru Giant Bubble boleh kuar dengan cantik!

Sekarang semua benda nak di "IStagram' kan.Papa, mama sibuk nak upload kt setagram.hahaha

Bila dah lelama kan Giant bUbble ni macam segan² dah nak kuar.Sampai kena tiup ha! hehehe

Papa pulak yang over meniup ni..Susah sudah mau keluar.Mungkin sebab buih² tu dah tinggal sikit kot.

Darwisy ni di pegang je poN! tapi kemain hepi menyengih lagi!

Ada jugak benda alah ni untuk budak² main.Kitorang singgah main Giant Bubble je.Terus balik panas sangat kat sini haihh..habis ketibas!

0 comment... add one now