Darwisy dan Nebulizer


Kejadian hari isnin lepas.Abang darwisy kena asma buat kali ke berapa tak ingat dah.Akibat selsema yang teruk melarat menjadi asma.Mungkin kahak yang banyak mengakibatkan pernafasan darwisy terganggu.Kesian anak mama.

Mama syukur sangat sebab Darwisy memang susah sangat nak demam.Setahun mungkin sekali atau dua je dia kena demam.Tapi asma ni kerap lah pulak.Bila kena selesema kami dah kena jaga² sebab boleh melarat ke asma.


Pagi² terus papa dia bawak pegi klinik.Sampai tertido² tunggu nak masuk bilik doc.Dah lepas amik Neb kali pertama ni.

Balik rumah belum tengah hari lagi papa dia dah wazup video darwisy tengah semput.kemain laju gila nafas dia.Perut pon dah kemain dalam lagi bila bernafas.Tak senang duduk dah mama kat ofis ni.hai lah anak kalo lah derita tu dapat dipindahkan ke mama..

tengah hari nya lagi papa dia bawak lagi pegi klinik amik Neb kali ke2..masih sama keadaan nafas dia tu.Kahak masih taknak pecah lah tu.Pertama kali darwisy amik neb sampai 2 kali..kira asma paling teruk setakat ni.


Ni pulak amik Neb kali ketiga.Kali ni dah bawak pegi hospital.Doc klinik dah suruh refer hospital.Kata pihak hospital kalo 6,7 kali amik still tak ok kena ward..arghh riso mama tau..runtun hati mama tengok wajah darwisy bila papa wazup gambar ni,harap sangat dia ok lepas amik kali ke3 ni.

Alhamdulillah lepas balik rumah tu dah nampak dia sihat cergas dah.Batuk pon dah bunyi kahak pecah.esok pagi tu dah lega sepenuhnya..

Sian darwisy akibat mama papa ada sejarah asma, darwisy kena ekzema..harap asma ni tak berlarutan lah. Kata doc, budak² kita tak boleh declare lagi dia ada asma.Sebab budak kebanyakkan bila kena batuk berkahak pon boleh jadi asma jugak kan.


0 comment... add one now