Malu ke pegang, cium tangan mak???

Salam olss..Rasa nak share sini bila pernah mata sendiri melihat dan seperti merasai perasaan mak itu..



Kebenarannya bila diri sendiri dah jadi mak.. Hilang habis semua perasaan malu kerana nak lahirkan anak..Tambah pulak bila doc nya lelaki..Apalah perasaan kita kalo anak sendiri malu nak pegang dan cium tangan kita bila kita tua nanti kan?

Itulah budak² sekarang..kat sekolah, kat luar dengan kawan² kemain baik lagi kan siap berpeluk bagai ngan kawan..tapi bila jumpa mak tepi jalan, kedai atau kat mana² ditegurnya mak pon tidak..apatah lagi nak salam.. Sedihnya bila tengok...

Moga si anak ini sedar akan pengorbanan mak dia sebelum terlambat..

0 comment... add one now