Menang aktiviti kecergasan RM20K


Alhamdulillah syukur..walaupon kemenangan milik suami ia juga boleh dirasai bersama kan kan?

Gambar melompat cikgunaman yang di submit untuk contest kecergasan 100PLUS di shortlisted dan terpilih untuk grand prize..Agaknya gambar melompat dengan cool sampai nampak awan jelas nampak badan kita cergas..oh teror nya si tukang amik gambar..iols la tu! kahkahkah

gambar kecergasan..description gambar pon jelas cerita pasal kecergasan sesuai dengan gambar kot..mungkin itu jugak faktor kemenangan..iols punya gambar melompat dekat tok bali menang hadiah mingguan RM20 je:D



Oh bestnya kalo hadiah RM20k aktiviti kecergasan tu boleh di convert kepada cash..Tapi dah itu T&C nya..syukur alhamdulillah rezeki jugak[-O<

Ada 4 aktiviti kecergasan yang perlu dipilih..Semuanya merupakan pakej percutian + aktiviti cergas untuk 4 orang..Pengangkutan pon guna flight..Kira semuanya penganjur yang uruskan..syioklah darwisy boleh naik belon:x

Antara tempat yang perlu cikgunaman buat pilihan adalah Endau Rompin, Taman Negara, Club med Cherating, dan Langkawi..Yang bestnya langkawi boleh pilih nak duduk Holiday Villa Langkawi atau Berjaya Langkawi Beach Resort..Bagus jugak ada pilihan.;;)Semua perbelanjaan dan aktiviti cergas, jalan², pengangkutan semua termasuk dalam pakej hadiah..

Taman Negara dan Endau Rompin confirm keluar dari tempat pilihan kami.Boleh tahan jugak aktiviti cergas dia dalam tentatif program tu..Tak sesuai pulak nak bawak baby.Sekarang kena buat pilihan nak pilih club med cherating atau Langkawi..Club med ramai yang cakap best, sebab ada private pool..tapi bila di google ramai pulak mat salleh berjoget separuh bogel..eewwww!#-o Kalo Langkawi , berjaya langkawi resort hotel dia nampak besttt! 4 orang yang kena buat aktiviti cergas snorkeling dan diving boleh abg cikgunaman dan akak ipar join sekali..Untung jugak diorang duduk langkawi..Lagipon syaratnya 4 orang jugak kena buat aktiviti cergas..oh teransang adrenalin mak!Boleh ke ni???:-SS

Mungkin kami pergi hujung bulan 5 sebab cuti sekolah panjang sikit..Penganjur pon nak cuba lambatkan tiket kami balik KL kalo pilih Langkawi..weeee

0 comment... add one now