Lepas check in, kitorang rehat kejap je, mandi solat makan..lepas tu SIL dah ajak jalan..katanya dah datang sini kita jalanlah puas²..betul jugak tu..takkan nak duduk dalam bilik je kan..tapi mak ni penat gilerrr..bangun pukul 6 pagi sampai 6 petang tak rehat²..huhu
dekat sini memang banyak gilerrr kaktus.. geram je tengok macam nak rembat semua..hahaha berangan macam datang naik lori
nyesal pulak tak beli kaktus dalam pasu macam ni..siap ada tulisan Cameron highland dekat pasu..
kaktus ni cantik kan..berseri² kot color dia..
best tanam kaktus kalo duduk rumah bawah..
yang panjang² tu memang geli je nak tengok dekat².. macam ular je..
yang ni pon geli..macam ULAT BULU ko...
ni lagi lah.. terbayang² ULAT BULU melata²..eeee eh apa daku merepek ni kaktus lah!
kaktus ni pelik kan..
sebelah kiri tu lemon grass..pokok dia wangiiii bila pegang..bau lemon..nyum nyum..
pilih pilih.. kitorang beli 7 bekas kaktus kecil dan tanah untuk tanam bunga..macam kat Putrajaya ni takde tanah..
SIL yang banyak shopping kaktus..dia memang peminat tegar pokok² hiasan..rumah dia dah macam taman bunga..
mintak tolong naman pilih..sakit mata tengok banyak sangat pilihan..bajet nak beli 7 bekas je..
cara nak amik kena guna plyer ye.. daku tak perasan ada plyer dalam bakul tu..sekali ku kutip bekas kaktus dengan tangan terus tercucuk duri kaktus.. tergelak² BIL tengok..
abang aiman dah ajar darwisy lah..huhu..selama ni kitorang tak pernah ajar darwisy naik mainan letak duit..kompom lepas ni pantang jumpa mesti minta
Lepas shopping kaktus, otw balik singgah pasar malam Brinchang..Naman dan SIL je turun beli jagung rebus dan bakar...sampai bilik kitorang mulakan aktiviti masak memasak..masak betul² ye bukan main²..hahaha tak kenyang makan jagung je..
bukti masak memasak telah berlaku.. haha...daging goreng blackpepper..SIL bawak periuk serbaguna..malam tu punya dinner nasi bersama daging blackpepper, telur goreng, dan ayam goreng..
lepas makan nasi, makan roti bakar pulak.. toaster ni pon SIL bawak..memang menternak lemak betul duduk cameron..cuaca sejuk rasa nak makan je..huhu
Lepas makan kitorang kunci pintu tengah terus tido sampai pagi..haiyaa..bape banyak lemak berjaya diternak malam tu..
Entri sebelum Lawatan di Green View Garden dan Rose Valley