Tengah² hari ni baru lah nak upload pic raya kami yang tak seberapa ni..yang menjadikannya tak seberapa sebabnya gambar raya boleh kira dengan jari je..hahaha..Banyak nau punca² yang menyebabkan tak banyak gambar raya..huhu
buat yang sudi nak tengok, tak sudi pon takpe..uhuk..untuk tatapan tuan empunya blog harus jugak ku upload sini..hahaha..
darwisy dengan nenek! nenek ni merangkap wan daku..huhuhu kira mak belah mak lah..
dengan sepupu.. nurul aina baru darjah 4 ni.. tapi kemain lagi dia bergaya..hihihi ampun aina!
dan kami in purple! ni purple manggis kot orang panggil..yelah purple kan banyak tone jugak..
baju daku wp bermanik² tapi langsung tak bersilau..hahaha agaknya kena guna batu berlian baru nampak kot..
bergambar kat ladang pokok getah depan rumah..
darwisy dengan nenek..tapi darwisy panggil atok..mana² lelaki berumor yang pakai kopiah memang dia panggil atok..takpelah mama panggil atok, darwisy pon panggil atok..belasah jelah..
like father like son! ada ke muka macam papa? ramai lagi yang kata darwisy dah macam muka mama..takpelah anak laki elok ikut muka mama..hihihi tapi anak gugurl nanti pon kena ikut muka mama jugak.. *sentaphatipapamunak
memang suasana kampung..ekceli kampung daku memang banyak pokok getah dan kelapa sawit..padi nan ado ye..
dan tuan tanah lagi..belakang tu jalan menuju ke surau..dikelilingi ladang getah
family paksu.. kitorang je yang ada masa 1st raya..tak meriah sangatlah kan bila tak berapa ramai..
jubah anak beranak yang sedondon..suka pulak ku tengok..memang smart lah..tempah khas kat Dhubai masa diorang duduk sana haitu..2 pasang tempah RM300 tak termasuk harga kain..huhuhu
Sikit kan gambar raya? pagi² lepas solat raya orang dah datang rumah..yelah jalan ke surau tu depan rumah je bila orangbalik dari solat raya terus singgah rumah..memang tak sempat kami nak bergambar raya..lepas tu berpusu² budak² datang raya..tak henti²..
Bila tengah hari semua dah tukar baju terus tido..semua letih campur mengantuk sebab banyak sangat makan ketupat ngan lemang kot..hahaha tu yang gambar raya tak sempat nak snap banyak..alahai sayang pulak rasa..
Lagi satu sebab, Mak ayah kan raya di PJ dulu so raya ke2 baru diorang sampai kedah..tu pon diorang sampai time kami dah bertolak ke kelantan..family kaklong dan family pakcik pulak sampai dah tengah hari time kitorang tengah siap² nak balik..memang takdelah nak bergambar dah..huwaaaaa