Berbaju baru hari ini...macam minah arab ke?? grrrr

Salam jumaat yang penuh barakah..hari ni ada sikit ceria..eh mestilah ceria dah kata pakai baju baru kan..hihihi..tengah hari kang ada jamuan raya puspanita..kami² yang join jamuan ni sikit sebanyak ikutlah tema arabian yang tak berapa nak menjadi..hahaha pakai jelah baju mana yang ada..

terus nampak macam dahan yang rendang bila pakai baju kembang² kan??
arabian look kah? oh macam perempuan melayu je kan..hikhik baju kaftan tu dah dekat setahun beli masa raya haji tahun lepas, tapi tak jadi nak pakai makanya terperap jelah dalam almari tu..Bila dah ada jamuan tema arabian macam ni pakai jelah asal boleh..kalo tak ntah bila nak pakai baju ni

oh tidakkk! abaikan parut ciken pox ku itu! cubaan mengunakan color hitam + biru..nak buat 'smokey eyes' tapi tak pandai.. grrrrr..

gaya shawl pagi tadi..ingat nak pakai style yuna tapi bapa ploh kali cuba tak menjadi!kelam kabut siap terus mintak naman snap..sekarang dah ubah sikit kasi kemas

Kalo tidak kerana jamuan raya puspanita tengah hari ni, asal jumaat time rehat je daku akan balik rumah..kata rumah seberang jalan ofis je..kalo balik boleh basuh baju, kemas rumah segala mak nenek keja rumah lah yang boleh dibuat..senang dan lapang je kalo nak buat keja time darwisy kat rumah pengasuh

P/S : fesyen kaftan ala baju tido ni asal dari mana?macam bukan baju arab je..kalo jubah, abaya tu yelah kan..belasah jelah..

0 comment... add one now