Menu berbuka semalam adalah air tangan isteri kembali! Mujur tak melarat² nak membeli je kaedah nya..yelah dah mula delivery dominos isnin haitu kan..mana tau mood memasak terbang jauh²..
Juadah berbuka petang semalam..
gigih mak buat roti jala ni tau! yang hujung sekali tu nampak tak menjadi jala nya..yg terawal lah tu..hihi
dicicah bersama gulai ayam!
dan bihun goreng putrajaya singapore sorang sepinggan!
melampau lah kan nak kata tak sempat masak? rumah sebelah opis, balik keje pukul 4.30ptg..nak kena ketuk lah kalo kata tak sempat..
juadah hari ni?? belum ada jawapan yang PASTI! mujur ada murtabak kambing instant! boleh try petang ni..