Alhamdulillah hari ni genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami berdua.Di nikahkan pada 08.08.08 tarikh yang di 'ofer' sendiri oleh tuan Haji Abdul Manaf.Asalnya dah isi borang untuk nikah pada 09.08.08 bersamaan hari sabtu.Senang sikit kan hari cuti?
Tak sangka pulak masa ayah berjumpa dengan Imam Manaf, beliau cadangkan tarikh 08.08.08 kerana ramai sangat yang obses nak nikah pada tarikh cantik.Mana tau kot kami pon nak..hahaha..dah imam offer setuju jelah ok jugak dapat tarikh cantik tu senang nak ingat.hahaha
Sempena di hari ulangtahun perkahwinan kami, boleh lah publish sikit gambar² sekitar majlis pernikahan.Untuk kenang²an.
menanti saat bergelar seorang 'isteri'
Dinikahkan oleh wali ku sendiri 'ayah'..alhamdulillah sekali LAFAZ..
doa penuh syukur atas kurniaan-NYA untuk ku bergelar seorang isteri..
saat sudah bergelar suami isteri..
Semoga hubungan ini terus diberkati Allah hingga ke akhir hayat. Amin!!
Lagu Teristimewa Nyanyian Chekgu Naman di kala belia remaja