hampir 3 tahun peram oven dalam stor! akhirnya...

Salam ramadhan di hari jumaat yang mulia..hikhik dah 5 ramadhan ni baru nak tayang gambar makanan..sorry ye kalo ada yang terliur..bukan niat nak bangkitkan selera korang cuma rasa bangga dengan diri sendiri! ahaks

Semalam gigih paksa naman keluarkan oven dari stor yang hampir 3 tahun terperap dalam tu..Mujur masih boleh berfungsi..kalo tidak projek nak membakar bertukar kepada kukus lah..hahaha

oven ni pemberian dari nenek darwisy di kedah..Dia yang beli lepas tu agak remeh sebab kena setting suhu bagai dia kata payah lah baik guna oven lama je..so dia bagi lah..kitorang amik je lepas tu balik sini terus peram dalam stor..dah dekat 3 tahun ni!

Dan kegigihan ku suruh naman keluarkan oven semata² nak membakar projek di bawah

puding roti! 1st time try buat..dulu duduk ngan mak melantak yang mak buat je

Rasa semua sedap dah! tapi agak spoil bila adunan puding roti tu nipis sebab loyang lebar sangat kot! next time kena guna loyang yang kecik tapi tinggi skit..baru puding roti tu tebal kan? Guna loyang lebar ni untuk buat makan ramai² boleh lah

petang ni plan nak buat kuih kasui pulak..hikhik isnin haitu dah buat tapi keras membatu..call mak confirm balik resepi, mak cakap air yang kurang tu bahan² lain semua dah betul! chaiyok fiza!

0 comment... add one now