Sabtu awal2 pagi lagi naman sudah meninggalkan kami berdua..atas sbb utk bertugas..haha. poyos gila.Biasala cikgu kerjanya lebih hari dalam seminggu.Kalo kita 5hari seminggu, cikgu 6hari seminggu.. Cana ek dulu2 masa kerja kita 6hari seminggu iaitu bekerja pada hari sabtu dan cutinya hanya hari ahad.Kalo cikgu pulak tak da cuti ka??paham tak ayat ni??hehe
Jadi malamnya dah tentu la tido ditemani Darwisy saja kan..huhu.Seb baik pagi ahad naman dah balik.Memang niat asalnya plan nak Celebrate ala kadar sempena hari mama kan.huhu.. Jadi tgh harinya menuju ke Bangi dan memilih Village View lokasi utk makan2..macam best sangat tempat tu
siang hari pon bukak lampu! See! mmg kampung tol kan!
nmpk cam best je menu ni! jgn tgk pada kulit! huhu
kasi chance kat Darwisy pilih menu
wanita yg dirai.. haha poyonya!
mahal ni gambar papa dan anak kan susah dapat!
lobak susu tapi gelasnya terbalik
hepi pada awalnya.dah dirai mestila hepi kan??
Darwisy yg leka tgk ikan dalam kolam tu!
Ikan siakap tiga rasa beratnya 900gm RM4.00segram.Nampak kecik dalam gambar tapi besar woo.. boleh 4org makan. Nampak macam sedap kan!
kailan ikan masin
telur bistik.. ni mmg sedap!
tomyam ayam. apakah??
Masa tengah makan.. dah rasa pelik ngan rasa ikan tiga rasa tu.garing semacam je. Tapi cubaan utk makan berkali2 gak. Last terasa pahit2.. ah agak mmg hangit.. sekali terbalik ikan tu sebelah satu lagi
hangit kan! yg boleh makannya sikit je! dah la ikan ni yg paling mahal dalam menu yg dipilih! sadis tol.. sob..sob.. terus hlg selera makan.
Masa nak bayar, bagitahu cashier pasal ikan hangit tu, mmg plan nak bayar separuh je dari harga ikan tu! sbb dah complain sebelum tu pasal ikan hangit, tp cam tak da respon balik.nekad!mmg nak byr separuh je! Kita sebagai pelanggan ada hak! kita bayar apa yg kita makan kan? kalo kita dah bayar dah tentu la nak makanan yg menjadi masakannya.. Tak sedap boleh diterima(tak semua org masak sedap) tapi kalo makan tu jadi lain rupanya, apa kes? emosi di situ..
Tapi disebabkan cashier yg mmg berbudi bahasa, so tak payah la nak bergaduh, bertengkar atau apa2 nak protes tak puas hati, cashier tu jwp : ya, saya dah tahu..tak pe saya tolak harga ikan..saya tahu hangit, dah gi check minyak kat dapur.. (check minyak) hehe
see! harga ikan yg paling mahal tu! makannya ciput! huhu
Otw balik, pi tapau satay kajang versi Putrajaya pulak utk sedapkan hati. haha!
20cucuk pon jadikla. beli byk2 pon bukan larat habis kan!