Tiada kopitiam halal di Selangor..


SALAH sebuah premis kopitiam yang menggunakan logo halal daripada pihak swasta.

SERDANG – Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.

“Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal daripada JAIS walaupun kita ada buat pengumuman supaya mereka (pengusaha kopitiam) memohon untuk mendapatkannya.

“Sehingga kini, permohonannya ada tapi kurang iaitu kurang daripada 10 peratus sahaja yang memohon sijil halal daripada JAIS atau Jakim,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kesedaran dan kepenggunaan halal Negeri Selangor di sini semalam.

Sumber : Kosmo Online

*aduilah..dulu pernah gak sekali makan kat bangi kopitiam..tu pon lama sangat dah..bila dengar orang cakap kopitiam takde sijil halal terus rasa nyesalnya makan situ..huhuhu tawakal jelah..dah makan pon masa tu takkan nak muntah balik kan?so sekarang kalo dah confirm semua kopitiam tak de sijil HALAL, HARAM kan terus kaki untuk jejak kopitiam!

0 comment... add one now