JJCM~Yati Ayam Percik lagi..

Cerita jalan² cari makan di Yati Ayam Percik, Bangi.Ni kali kedua lah kami makan kat sini.Yang dulu tu tahun lepas tak silap.Tetiba tekak rasa nak makan nasi kerabu Yati Ayam Percik pulak.


Nasib badan dapat air tawar pulak..Terlebih ais atau terkurang gula pon tak tahulah..

Kitorang amik set untuk 2 orang..Pilih Set C yang ada 2 nasi kerabu, ayam percik dan ayam goreng berempah berharga RM17.90



Sebab tak de kuah terpaksa add on kan sup tulang power berharga RM6.90..huhu


Gambar ayam berempah je terkini..menu lain semua gambar makan dulu..malas nak snap banyak kali..hihi

budak ni makan nasi 2,3 mulut terus xnak bila nampak keropok dalam nasi kerabu..hai la anak..


oppss! tuan tanah harus interprem!

Komen, dah pernah komen dah dulu pasal makanan kat sini.Dulu kami amik order yang ada daging bakar..tapi terlebih garing lah pulak.Yang kali ni ok lah ayam berempah tu sedap, sup pon dah rasa makin ok.Dulu sup tak berapa nak terangkat sangat

Sekali sekala boleh lah makan kat sini tukar selera asyik makan nasi putih je.Tetiba teringat dulu tak reti makan nasi kerabu rasa macam pelik je nasi color biru.hahaha.Dah kahwin ngan naman, mentua masak nasi kerabu terus jatuh cinta!Seminggu sebelum beranak mentua datang dari kampung bawakla bahan² nak masak nasi kerabu.Mana taknya menantu dah request nak makan sebelum beranak

*Adeh! terliur lah pulak tengok gambar² ni..Sedang berfikir² mau makan apa pulak berbuka petang ni..huhuhuh

0 comment... add one now