Bot² berhias di Pesta Floria 2011

Pheww!gigih kami lepak kat tasik sebelah masjid besi jumaat malam haitu semata² nak tengok bot berhias dan bunga api.Asyik dengar orang jauh cerita je yang dekat ni pon tak sempat nak tengok lagi bot berhias tu.sebelum habis haruslah jejak kan..

bot² berhias nun jauh di sana...

Pabila semakin hampir dapatlah menyenap seketul 2 bot berhias yang tak jauh sangat..yang jauh benar tu memang tak dapatlah..kena pakai meriam buluh betul baru dapat tembak

Antara bot² berhias yang ada..





suka yang ni! lampu² putih tu seolah² macam salji turun

bot² ni memang jauh benar.. comel lak bila nampak kecik..

opps! tak nampak pulak tiang besar macam roket kat belakang tu lah monumen alaf baru..

keluar lah bunga api pukul 10 malam tu..memang ramai giler family bawak anak² tunggu nak tengok bunga api..darwisy pulak menjerit² takut

seminggu berlangsung pesta floria, tiap² malam ada bunga api..tapi tengok melalui balkoni rumah jelah..dan tiap² malam lah jugak darwisy menangis² takut..sampai berlari²dalam rumah tak tahu nak kemana.sian anak mama..sekarang ni macam sikit fobia.Bila malam asal kitorang angkat bontot nak ke dapur ke bilik air ke, dia pon lari sama

0 comment... add one now