Sana sini heboh Secret recipie dan Meatball IKEA tak halal..Macam mana dengan ayam?

Sejak 2 menjak ni kecoh kan pasal Secret recipie tak halal, Ikea MeatBall tak halal, Ayam tak hahal.Terbaru bila isu pasal Ikea MeatBall dah settle muncul pulak isu Soya Drinho tak halal.Macam² di bangkitkan untuk jadi isu..

Pernah tak kita terfikir ayam yang selama ni kita makan tu halal atau tak walaupon ayam itu disembelih mengikut syarak?? Memang diakui la kan bila kita makan kat kedai ofkos la tak tahu dari mana ayam tu dibeli dan macam mana cara penyembelihannya kan?Tapi kalo masak sendiri di rumah tu apa salahnya kita cuba cari ayam yang betul² boleh dipercayai status halalnya..

Walaupon Malaysia sebuah negara islam tapi penghasilan makanan sekarang banyak yang diragui kan.Yang mana kita boleh elak kita cuba lah elak.Janganlah dah tahu tapi buat² tak tahu.ekekeke

cuba tengok.. daripada seekor babi macam² boleh dibuat.. astaghfirullah.. memang banyak sangat kan

Dulu..lepas penyebaran emel mengenai tumbesaran ayam yang mengandungi enzim babi, terus siasatan dilakukan..

rupanya² pengilang dah bagitau makanan ayam ada benda alah tu..cuma kita je tak peka

Kalo ayam yang kita makan kat kedai memang susah kan kita nak elak benda² ni betul tak?Kalo nak rasa lebih selamat dan boleh makan tanpa was² lebih baik beli ayam oraganik.Dah ramai sangat orang melayu kita sekarang ni ternak ayam organik..Contohnya: Ayam Organik Ruzaini, HPA dan banyak lagi lah..

Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya.Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”

Banyak lagi makanan yang menimbulkan isu tak halal..Korang boleh tengok FB Makanan dan minuman yang dicemari kesucian ummat islam.. Wallahualam

Yang dekat² ngan rumahku tu kalo nak dapatkn ayam organik boleh je contact kami.

Sharing Is Caring

0 comment... add one now