Asyik pejam mata je...Kesian kan??

Dah bapa kali bila tengok promo AirAsia sebelum ni asyiklah pejam mata!

Promo Airasia datang lagi! 10sen wehh! buleh la korang plan nak terbang mana pulak tahun depan..

Selalu kena pejam mata sebab chekgu tak boleh sesuka hati cuti untuk pergi holiday melainkan hal² emergency melibatkan anak, atau kematian, lagi satu chekgu pulak tak boleh sesuka hati plan nak berholiday hari weekend w/p ada seat murah terhad untuk hari weekend..Mana taknya weekend pon ada aktiviti.Kursus pon kekadang dibuatnya pada hari sabtu.Jadi semuanya tak boleh dirancang awal².

Eh tapi bukanlah mak ni ha yang chekgu, suami mak yang keje chekgu.Ada entri² yang lepas komen dari orang kata ku cikgu..alahai ni mesti tak baca entri kan..komen je..ha kan dah kantoi Walaupon suami ku yang chekgu, segala percutian mestilah kena p sama² kan?Kecuali lah pergi bercuti dengan kawan² je..hikhik..Kalolah chekgu tu bagi..sengih lebar mak!

Jap lagi nak try jugaklah..Kalo setakat puluhan ringgit je, kalo tetiba tak jadi pergi takdelah mak ralat sangat..
Dah aim 1 tempat percutian ni..Sesuai sangat untuk orang macam mak yang takut laut, takut naik bot..
Kalo tak dapat jugak yang berbaloi pejam mata lagi lah..

0 comment... add one now