Resepi Ayam goreng RFC ~ sungguh mudah!

Dulu pernah diceritakan di 6 Syawal~Jalan² cari makan.Kawan² yang dah pernah makan mesti tahu kan.Dekat sini memang takde lagi cawangan RFC.Disebelah utara sana nun dah banyak sangat restoran RFC.Ramai yang memilih untuk makan di RFC berbanding KFC sebabnya harganya tak mahal, ayam organik, sedap pulak tu dan dijamin Halal.RFC juga merupakan produk keluaran HPA..

Walaupon belum ada restoran RFC kat sini tapi kami tetap pekena seminggu sekali.Wajib tau!! Buat sendiri je..Sungguh jimat! Bagaimana caranya??

Ini ku kopipes terus dari entri  suamiku chekgu naman:
(nak jugak taruk suami tu..yela, kawan² baru mesti tak kenal lagi..hihi)

Apa yang diperlukan selain daripada tukang masak dan dapur gas adalah;

Ayam ( takde ayam tak jadilah ayam RFC kan?hehe )

Ayam Organik HPA 1.5 kg, RM16.50. Bebas dari bahan² kimia. Bebas daripada enzim b**i

Tepung Herba RFC

kotak Tepung RFC

satu kotak, ada 3 x 300g..Harga RM12

Putih telur. Tapi saya ada juga gunakan telur kuning, lagi sedap. Tak tahulah kenapa mesti telur putih, saya bukannya guru masakan. ;p

Kacau telur putih sampai berbuih. Kemudian gaulkan ayam mentah tadi dengan telur putih ni.

>
Gaulkan pula dengan tepung RFC.

Gorenglah sampai masak. Jangan sampai hangit sudah!

Jangan nak kedekut minyak macam saya kalau nak ayam masak cantik je..hehe

Tadaaaaa..Sudah siap untuk dimakan.

cantik kan?

Untuk dapatkan kerak ayam yang banyak dan sedap, sebelum itu campurkan dulu tepung RFC dengan quarker OAT..kemudian baru gaulkan pada ayam..tepung yang dicampur Oat akan terhasil kerak ayam seperti ini

baru la kruk krak bunyi kerak bila makan!

Kata chekgu naman 'Setakat ini sayalah tukang masak untuk ayam RFC ni, sebab ianya terlalu senang..hehe.' memang pon! Ku belum pernah pon sediakan ayam goreng RFC ni.memang naman je yang selalu buat tiap kali nak makan.Sekali sekala lelaki pon perlu ke dapur

* Seminggu sekali wajib pekena!

P/S : walaupon selalu ku kata kami banyak diet, tapi takdelah sampai langsung tak makan makanan sedap² macam ni..

0 comment... add one now