6 Syawal~Jalan² Cari makan

Salam semua.. cerita 6 syawal semalam tak habis lagi ni. huhuhu.. Pagi tu bersiap² la kami 3beranak plan nak gi cari makan.Atok wan tak ikut pulak.Sebelum samapi rumah member seperti diceritakn dalam entri semalam kami gi makan dulu..Dah lama niat nak makan RFC.. Jual tepung je kan makan kat kedai belum try lagi..Nak buat cane kat KL ni tak da.Yang dah buka 1 caw. kat Melaka je satu.Jadi goreng sendiri kat rumah jela.

Dah balik kampung haruslah cari kan.Ramai yang dah makan cakap sedap sangat ayam dia.Apa lagi menggeletar la nak try kan.hahaha Jadi kami pi la Sg. Petani. Kat sana memang MAJU GILA produk HPA.. Segala mak nenek kedai dia tumbuh bagai cendawan.. Kedai ayam organik, herba, RFC segala bagai lagi la..

Sebabnya HPA berakar umbi di Perlis.Jadi kawasan Utara sana nun dah maju sangat dah la.Ramai yang dah sedar akan kewujudan produk sepenuhnya milik hak orang melayu, Islam la kan. Sapa lagi nak sokong kalo bukan kita. huhuhuhuhu. Semua produk dia kita boleh guna tanpa WAS²!!!Halal lagi toyyib atau senang cakap HALAL LAGI BAIK.

Ok jom layan gambar makan di RFC atau RADIX FRIED CHICKEN

sempat lagi snap belakang tabir dapur

air gas( berkarbonat) memang kurang sangat gas dia dan tak semanis air gas lain di pasaran jadi tak la bahaya kan

ayam dia paling sedap!! memang boleh kalahkan rasa ayam KFC sebab ayam dia ayam organik ye bukan ayam daging. Harga untuk satu plate pon lagi murah RM7.60 tak silap

cheezy wedges



khas untuk Darwisy!


pandangan dari luar kedai. hahaha

oh ini kad keahlian ye! Bukan untuk makan murah tapi kumpul point.Setiap pembelian produk HPA guna la No keahlian.. Lagi banyak guna barang dia lagi banyak dapat point.

P/S: Point yang terkumpul akan digantikan dengan cek dalaman jika tidak melebihi RM100 maknanya cek dalaman digunakan untuk beli barang HPA.. Kalo melebihi RM100 jumlah point yang terkumpul akan dapat cek bank la yang boleh ditunaikan tu.. huhuhuhu..

Nota : Ini bukan entri promote tapi nak cerita jalan² cari makan kami.. hahaha sambil² dah buat entri ni berkongsila maklumat tentang kewujudan produk HALAL LAGI TOYYIB ni.. Jadi samalah² kita sokong produk hak milik orang islam..

* hari ni banyak kerja, mintak maaf kalo tak melawat rumah kawan². Petang ada meeting pulak di Kementerian.. haishh


{ 14 comments.. read them below or add one }

Dina Zakaria Dina Zakaria September 23, 2010 at 9:11 AM
nampak menarik ayam tu..nyum nyum..
eima eima September 23, 2010 at 9:12 AM
wlupun aku org sg.petani ... umah aku dekat sgt ngan RFC tuh ..aku tak penah try .. nanti blk umah abah ... nk pi try la ...huhu...

mana ek kad aku ... harus cari ....
Ena Ena September 23, 2010 at 9:19 AM
alahai.. nak kena turun melaka la camtu kan.. sbb dekat sikit.. teringin jugak akak ni..heheh
syawalsimpsons syawalsimpsons September 23, 2010 at 9:52 AM
fiza tempat ni kat ner...kat x ngan Putrajaya...teringin la nak g...hehehhe
Fieza79 Fieza79 September 23, 2010 at 9:53 AM
k.fieza dok dgr je kwn2 citer psl RFC ni tp tk penah cuba lg...mmg mcm KFC sebijik dia punya ayam dn lain2...yg penting halal sgt2..!
hyazz hyazz September 23, 2010 at 9:54 AM
sama cam KFC x... selalu dengar kalu balik kg... tp x pernah try...hehehe
.:Yana:. .:Yana:. September 23, 2010 at 10:21 AM
kak..saye pun gi situ gak mase cuti raye aritu..
raye umah mertua... sempat gi makan ayam RADIX ni..dah lame teringin nak singgah...baru la raye lepas dapat..hehehe...
Anonymous Anonymous September 23, 2010 at 10:57 AM
wah beznye selalu dok tgk blogger g makan sini xtau la bila nk sampai sini plak heheh
BIONIC WOMEN BIONIC WOMEN September 23, 2010 at 11:57 AM
wow bestnya..bila nak ader kat kl ni..klau kat kelantan makan kal edlee fried chicken, slalu kat situ ramai orang
Raisah @ echah Raisah @ echah September 23, 2010 at 12:13 PM
kalau balik kelantan buleh la dtg kat kubang kerian try RFC cawangan sini lak. cantik kedai dia tapi tak pernah masuk. hehe
A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y September 23, 2010 at 12:26 PM
jauhnye lah hai.. bile la nak bkk branch kat sini?! hmm..
ab@h_Izz ab@h_Izz September 23, 2010 at 2:20 PM
teringin gak nak try,,coz byk mmber blh sana habaq sedapd...nnt leh cuba try test klau terjumpak..
Farra Dhelina Farra Dhelina September 23, 2010 at 4:51 PM
waaa sebijik mcm set kfc kan..siap ada chezzy wdges lagi..nk try gak la..alaaa kat selangor belum ada ek?
MieZa MieZa September 24, 2010 at 10:25 AM
mcm sedap jer..nak try jugak lar nanti...nsb baik kat melaka ada..kat mydin =) selalu lalu jer, tak pernah try pon, tp dah tgk gmbr, nak try lah =)