sedozen RM90?mahaiiinya..biarlah kami tak romantik pon!hehehe

Petang semalam chat dengan member nak tahu surprise dia pada hubby dia menjadi ke tak.Yela orang berjauhan dari suami..Memang susah sikit nak buat surprise bila birthday.Nasib dia ada sepupu disini yang tolong belikan bunga untuk hantar dan cup-cake k.ecar..Kira k.ecar hantar ke ofis hubby dia la.

Selain tu ada jugak ngomong kosong

Me : Ko bagi bunga tu berapa harga?
Yana : RM90 sedozen.
Me : Ha?mahainya..kalo aku lah lebih baik dari benda lain biarlah nak kata tak romantik pon janji berbaloi
Yana :Yela kami duk jauh kenala romantik².. hehe
Me : Nasib baik pemikiran naman macam aku gak kalo nak beli benda biarlah berbaloi..haha
Yana : Laki aku dulu tak romantik pon..tapi aku yang ajar dia since tunang lagi..Masa birthday aku haritu dia bagi bunga kat aku..
Me : ooo.. Tapi aku pulak, tak payah la nak bagi bunga ke bear ke geliiii aku.. tengok ja aku ni macam gugurl..huhu
Yana: hahaha.. aku dia bagi bunga dari dulu sampai sekarang aku simpan walaupon dah kering
Me : haishh aku kalo benda camtu leceh ar nak simpan² baik bagi aku benda yang senang nak simpan..Dulu masa nak tackle aku dia buat CD pastu lekat² gambar aku pastu beli cincin (alamak tetiba teringat kisah lama)
Yana : yela suami hang pandai nyanyi main gitar pon pandai laki aku kalo nyanyi sakit telinga aku dengar..
Me:hahahahaha (pastu tak ingat dah dialog)

Iskhh betolla..Me memang bukan peminat bunga.tengok bunga memang la suka cantiknya bila tengok bunga hidup hadiah orang.Tapi kalo Naman nak bagi haishh tak payah la kot..Susah la nak simpan bunga kering..hahaha sungguh ku tidak romantik tetapi cintaku bukan cinta plastik! chewahhhh

Disebabkan tetiba teringat kenangan lama masa berbual dengan Yana, balik rumah terus cari pemberian naman masa mula² macam nak tackle..Ni bukan malu tapi mahu dah ni tapi memang mahu pon..eheheh. (jangan riso entri ini sudah mendapat keizinan beliau)

kreatif lagi inovatif! nampak macam jimat kan tapi hasil tangan sendiri ni lebih besar 'sentimental value'. Masa memula dapat ni memang terharu ok, tapi idoklah teman terus terima lamaran.hahaha KEJAM kan.(cer tengok, gambar² ku itu dicuri kat Friendster tanpa keizinan, alahai suweeetttnye aku masa dulu! PITAMM!!)

kandungan dalamnya pulak!alahai ada wishes la..so suweeeetttt!!!

Ingat tu je ke?? Di baginya pulak cincin di bawah ni

endless love ko! belum ada apa² lagi sudah berani ye

amacam?kalo korang mesti tak suka kan benda macam ni??ala tahu ramai² wanita masa couple ke kahwin ke lebih suka laki bagi bunga.Romantik katanya.Tapi idokla teman.Biarlah tak romantik dengan bunga pon janji cintanya bukan plastik! ekekeke

Dah kahwin ni pon tak pernah mengharapkan bunga.Kalo tanya nak ape, jawapan diberi kalo nak bagi bagilah jam, kamera kompak, baju, kasut ke..hahaha nampak macam mata duitan je kan??tapi idokla teman begitu!kalo tak bagi pon takpe..Ai memang tak kisah..ai memahami..ecehhh feeling² pulak kat sini.bukan ape rasa macam tak berbaloi je bayar mahal² last² bunga tu layu pastu nak jaga bunga kering pulak,kalo bagi jam tangan ROLEX ke buleh la pakai sampai lebam kan.

Jom layan video istimewa ni pulak!


takpe!biarlah korang kata tak sedap pon! tapi mak suka! boleh gak pandai main gitar dan nyanyi.ko ada?

* Korang macam mana pulak??suka bunga ke suka hadiah lain? Ke ada yang nak 2,2??
* Masih simpan lagi ke bunga² kering pemberian suami tak pon XBF dulu?buat macam mana?potpouri ke?

0 comment... add one now