Mesyuarat Persatuan Penduduk

Malam tadi buat julung kalinya komuniti mengadakan mesyuarat penubuhan Persatuan Penduduk.Giler lah dah lama tu baru ada Persatuan.ekeke Takpe lebih baik ada jugak dari takde.Kalo tak de Persatuan ni susah sikit.Susah semua segi la.Nak ada majlis susah, nak buat aktiviti susah, nak dapatkan sponsor lagi susah.

Macam biasalah bila nak masuk Persatuan kena daftar dulu



lepas tu undian untuk lantik AJK

punya la besar komuniti, penduduk jangan kira la lebih 1000 jugak, ni je yang datang..agaknya penat baru balik keje

Lepas lantikan tu semua kami balik jelah sambil bawak balik jamuan ringan tu sikit

lepas meeting, sebelum balik rembat air mineral dulu malas nak makan situ

dan jugak bihun goreng!! alah bawak balik untuk sorang satu bukan bawak balik bihun tambah pon

Ok itu je laporan malam tadi.Untung duduk sini, jiran² komuniti sangatlah baik.Dah 2 kali moto naman buat hal, sekali rosak sekali minyak habis di pertengahan jalan(sebab meter rosak tak tahu minyak habis) call je salah sorang geng komuniti terus sampai.

Kejadian 2 hari lepas, sorang penduduk terperangkap antara pintu luar dan pintu dalam kat depan rumah, akibat kunci tertinggal kat dalam, ramai geng² komuniti menghulurkan bantuan mengetuk dan mengumpil..Tu lah untungnya kalo ada semangat kejiranan.Kalo tak bercampur dengan orang, kita susah sape nak kita mintak tolong kalo sedara jauh??jiran jugak..huhuhu



Nota : Jiran ni ada macam²..ada yang suka amik tau hal orang, ada yang sombong, nasib baik kiri kanan depan semua buat hal sendiri..lagi senang dari suka amik tau hal orang..haha

0 comment... add one now