Ramai jugak yang tahu nama buah ni..mari lihat cara masaknya pulak


Wahhh ramai jugak yang tahu pasal buah ni kan.Ni pertama kali kami tengok tau.Baru tahu rupanya buah ni timbul masa musim raya cina.Pandai la korang.Tapi kami ni kali pertama tengok, raya cina sebelum ni tak pernah nampak lagi, tu sebab jakun sekejap

Ramai yang bagi jawapan dalam omputih ada jugak bagi jawapan dalam bahasa ibunda.Ada yang kata nama buah ni arrow head, ada kata sengkuang cina dan ada jugak kata ngaku.Semuanya betol la tu.Ramai jugak yang tahu ngaku ni di jadikan kerepek..

Ok oleh sebab ada yang dah tahu dan ada jugak yang tak tahu dan tak pernah tengok langsung macam kami, me nak tunjukkan macam mana cara nak makan ngaku..

kupas dulu ngaku ni ye buang segala yang tak perlu

hiris nipis senipisnya kalo boleh la untuk lebih rangup (kalo tebai rangup jugak kot) haha lepas tu goreng macam goreng kopok

hasilnya!!! gaul la sikit dengan garam untuk lebih enak


Nota : Memang betol bila dah jadi kerepek memang sedap rasa dia Lemak² gitu! macam rasa sukun pon ada.Kalo korang jumpa sila lah try beli buat kerepek.Kalo beli 5 biji ngaku baru boleh dapat sepinggan!tak puas nak krup krap!


0 comment... add one now