My first words..untuk Darwisy.

Salam jumaat semua..

Sana sini tengok mommy², mama², ibu² bapak² sibuk duk ajar anak menulis, mengenal huruf, mengeja dan membaca.Terus rasa tak sabar pulak nak tengok Darwisy boleh kuasai semua tu.

Kejadian dah lama berlaku, masa jalan² kat Alamanda terjumpa buku yang sesuai untuk tarik minat Darwisy mengenal benda, apa lagi papa pon belikan buku keras my first word untuk Darwisy.

sesuai kan untuk umor macam Darwisy ni??kenal² benda dan binatang dulu..sambil² ajar dia apa sebenarnya objek dalam gambar tu.

cer tengok..masa mula memang dia teruja sangat dengan gambar² dalam buku tu.Dah macam gaya orang duk mentelaah sambil main

eh buku tu dah macam nak dibuat barang mainan pulak dia.sampai 2 belah tangan di usungnya buku tu.

rasa nak makan apple ni la mama..keh..keh..keh.. cam gini la gaya budak 1tahun (gambar diambil selepas Darwisy baru sembuh ciken pox)

Masa birthday haitu ada jiran kasi buku untuk mengenal color pulak.Lagi besar dan menarik minat Darwisy

wah! dia lagi minat tang kertas yang timbul tu la.ada dwibahasa buku ni tapi nggak tahu la bahasa ape.. orange=oranje bahasa apa ni weh???sape tahu?

Darwisy suka la dengan buku tu..mama yang teruja tau!

koleksi first words book dah jadi 3..ekceli yang ANIMAL tu baru je beli bulan lepas kat Mydin..murah gilossss RM4.90 sebuah compare ngan my first words tu RM7.90 sebuah.(tapi kualiti kertas agak kurang sikit la)

Tapi yang best buku ANIMAL ni gambar dia seolah² betol..cer  tengok cat tu..Bila kami tanya  "meow mana meow??" otomatik Darwisy akan buka buku ni dan tunjuk cat tu. hehe


Hati Berkata : Tak sabar rasanya nak ajar Darwisy menulis dan mengenal huruf..Pheww!! overnya mama ni! Darwisy baru je 1 tahun 3 bulan la mama.

* Dari pengalaman korang semualah yang anak dah besar ni, umor berapa korang ajar anak mengenal huruf dan menulis??share² lah sini


0 comment... add one now