Darwisy dengan sarapan pagi nya :)

*Klik sini untuk melihat jawapan bagi persoalan dalam entri Berlindung dan Beramal mengenai insurans takaful MAA confirm tak syariah?
Perghh..tajuk tak ingat kan..dah macam masak macam² untuk anak breakfast.hehe.Budak kecik kadang² macam org tua² jugak tak selera nak makan awal pagi.Tapi seeloknya kita amik sarapan pagi sebab lunch tu kalo tak amik pon takpe..

Antara manfaat sarapan pagi:(dipetik dari SINI)

Manfaat yang kita dapat ketika kita rutin makan pagi atau sarapan adalah;
- Membantu untuk mencukupi zat gizi.
- Dapat memelihara ketahanan tubuh, agar kita dapat beraktiviti atau belajar atau bekerja
dengan baik.
- Membantu memusatkan pikiran untuk belajar dan memudahkan penyerapan pelajaran.

Sedangkan akibat jika kita tidak rutin makan pagi, adalah;
- Jika untuk anak sekolah akan malas dan tidak dapat berfikir dengan baik.
- Badan akan terasa lemah, hal itu disebabkan kekurangan zat gizi yang diperlukan untuk tenaga.
- Untuk orang dewasa, performance kerja akan menurun.
- Tidak dapat melakukan aktiviti atau kegiatan atau pekerjaan di pagi hari dengan baik.

Sebagai orang bekerja macam kami ni memangla tak sempat nak masak bagai pepagi.tabik ah untuk ibu² yang sanggup bangun awal untuk sediakan breakfast buat roti spesel bagai tu.Kena belajar jugak ni 1 hari nanti bila anak dah start sekolah kenalah biasakan anak sarapan pagi dulu kan.Disebabkan kekadang tak sempat me bagi Darwisy makan kismis je..hehe

budak yang dah siap mandi selera makan kismis di awal pukul 6.45pagi

kismis pilihan kami!!

Ok la kan?Kismis pon banyak khasiatnya.Kalo anak² yang susah nak amik breakfast seperti roti, nasi goreng, elok sangatla bagi makan kismis dulu.Masa Darwisy baby dulu me blend je kismis tu dalam nasi.Kenapa me kata kismis tu bagus?Ni antara khasiatnya:
  • Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.
  • Memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Melindungi hati.
  • Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

Hati Berkata:Ok la kan?tak dapat sediakan sarapan yang berat bagi makan kismis dulu pon ok

0 comment... add one now