Daftar di sekolah baru..Mama yang teruja!

Sempena hari pertama bekerja di tahun baru, Darwisy telah selamat di daftarkan di Taska baru memang betol² kawasan perumahan kami je.Jadi senang papa nya nak hantar setiap pagi kalo mamanya tak de.hehehe.Teruja me tengok darwisy yang suka dengan persekitaran Taska baru..Dengan duit yang dileburkan dilaburkan harap² berbaloi dengan asuhan dan penjagaan.

Cerita papa Darwisy pulak, rezeki tahun baru hari pertama chekgu naman di sekolah baru.Yang jaraknya terlalu dekat berbanding sekolah lama.Alhamdulillah!!! Tak de la nak risau sangat kalo dibandingkan dengan dulu setiap hari menempuhi jalan yang jauh, sesak, sibuk dan paling takut kenderaan gergasi yang sama² menggunakan jalan tu.

"Seperti kata cikgu sekolah lama 'Kalo kat simpang lampu MERAH ko jangan berhenti, ko terus je kalo ada lori kat belakang, sebab lori² tu tak kan berhenti" erkkk??

Punya la dasyat kuasa lori tu kan??Sampai orang boleh takut bila sikap pemandu lori yang macam tu.Agaknya dah memang kawasan Pelabuhan banyak la lori² berkeliaran ( macam binatang pulak) hehe

Ok stop di situ! Moga papa gembira di sekolah baru,tabah mendidik anak bangsa! Selamat mendidik Bie! (kali ni semua anak murid anak Melayu) kalo dulu Cina dan India sama banyak ngan melayu.


Ada ke anak² yang daftar di sekolah baru?
Macam mana reaksi anak korang di sekolah??

0 comment... add one now