Funfair di Presint 4 Putrajaya..

Pheww! Bila dengar ada funfair tetiba teringat baru sekali pernah jejak funfair masa bujang dulu, tu pon sekadar tengok je..Sekarang bila anak dah besar rasa teringin pulak nak bawak anak masuk funfair.Sekadar nak hiburkan anak.hihihih

Isnin malam, sampai je naman kat depan pintu rumah dah sibuk panggil ku keluar tengok.Dengan mimik muka yang serius lak tu..cehhh! Ingatkan ada UFO mendarat la kan.hahaha..Sekali tengok ada funfair lah..meriah lak tu! Bila ditenung² macam dekat je ngan rumah.Tapi sebab malam kan so tempat yang betul tu tak pasti kat mana.

Masuk rumah naman dah google nak pastikan tapak funfair tu kat mana.Rupanya di Presint 4 Putrajaya ni ha.Memang depan sikit dari ofis ku aje.hikhik.Malam tadi pon plan la mau pergi kan.Sekali hujan turun membasahi bumi..Takpelah funfair di presint 4 ni pon start 12 May 2011 - 13 June 2011, 6 petang hingga 12 tengah malam..Lambat lagi habis tu.Nanti boleh jugak pergi bawak darwisy.

Macam biasa bila di tapak funfair dah tentu lah ada benda² ni kan?

teringat naik Eye On Malaysia masa 2nd date dengan naman dulu..lebih kurang je..hahaha tapi gondola EOM bertutup semua la takdelah terbuka gitu.

Kalo darwisy tengok ni mesti sukaa...

Lagi² nampak kereta ni..haihh kompom tak kelip² mata..Peminat tegar permainan kereta la kan..

Macam² lagi yang ada wehh..Dah tu pulak ada jugak peluang untuk menang pas setiap permainan yang ada.So yang duduk dalam putrajaya ni dah tentu lah nak bawak family kan.Apa kata korang try peluang tu, mana tau boleh pergi MAIN FREE..Untuk info lebih jelas boleh baca SINI

0 comment... add one now