Hati TERKESAN



Sangat terkesan dengan kata² ustaz zaharuddin dalam status ni..Bertaubatlah  kita kerna taubat tak boleh ditangguhkan.. Ya Allah moga Allah swt terima taubatku..

Seperti kata² dia pada status yang sebelum ni..banyak Ujian yang Allah bagi pada kita..

Negara kita Malaysia, pemimpin dan rakyatnya SEDANG DIUJI oleh Allah swt dengan jelas dan terang. Kita sedang hadapi antaranya :
a. Kemarau, 
b. Jerebu, 
c. Kehilangan MH370, 
d. Denggi meningkat tinggi
e. Kepanasan cuaca lebih dari biasa
f. Gerakan penolak hadith yang dibiarkan
g. Pilihanraya Kajang yang 'mabuk politik',
h. Isu kalimah Allah yang masih belum selesai,
i. Ahli politik & penyokong semakin sengketa khususnya selepas keputusan mahkamah baru-baru ini,
j. Bomoh menjejaskan nama baik Islam & negara hingga peringkat antarabangsa

Justeru, keyakinan dan kerbergantungan kita kepada Allah swt sedang diuji, melihat siapa yang benar-benar ada iman di dalam hatinya. Doa kita diuji kemaqbulannya. Sama-sama dengarkan sedikit perkongsian saya berkenaan persoalan doa maqbul dan tertolak punca, sebab dan cara. Moga bermanfaat


Nak share satu mimpi yang betul² buat hati menangis sampai sekarang..sangat terkesan..Terlalu banyak peluang yang Allah dah bagi untuk kita sedar akan dosa² kita yang lalu..Dosa bukan kira dosa besar je tau..dosa kecil pon dosa jugak..termasuklah menutup aurat.. ya allah dulu aku terlalu leka..

Satu malam termimpi tengah suka² bermain air dengan kawan².Tiba² lemas beramai² dan mati..Saat itu sempat menangis teresak² memikirkan amalan apa yang nak dibawa, aku dah mati.Peluang untuk menambal amalan dah tertutup..Ya Allah hilangnya dunia yang Allah pinjamkan untuk kita menambah amalan..Berharap sangat ni cuma mimpi bukan betul² mati..Sangat² terkesan sampai tersedar dari tido..rasa nak menangis sekuat hati..

taubatlah kita dengan taubat nasuha..taubat yang bersungguh² menyesali kesalahan kita yang lalu..moga tidak lagi mengulanginya..

saja nak share pasal mimpi yang dialami..mungkin ada kaitan dengan ujian² yang Allah SWT bagi pada kita sekarang..peringatan untuk segera bertaubat dan menambah amal..