Semua orang impikan rumah tangga yang bahagia.Hidup bahagia bersama pasangan sejak dari awal perkahwinan hinggalah kita diambil nyawa.Berkongsi suka dan duka bersama.bagi saya, suami lah tempat paling utama saya mengadu.Tipulah kalo rumahtangga itu sentiasa ceria tanpa masam muka.Kadang² pergaduhan kecil tu lah merapatkan lagi hubungan suami isteri.
apa yang nak dikongsikan disini jom kita tengok tips rumah tangga bahagia yang pasti diimpikan oleh semua pasangan.
*Sebagai pasangan, tak kira suami mahupon isteri, kita mesti selalu berdoa dan berniat untuk menjadi yang terbaik buat pasangan kita.Sebagai isteri saya selalu impikan menjadi isteri yang solehah buat suami.Sentiasa mencuba untuk menjadi isteri yang baik dimata suami.
*Siapa yang dijodohkan untuk kita, bersyukurlah kepadaNYA sebab kita dah ada pasangan.Kena lah yakin dia adalah pasangan yang terbaik yang Allah dah jodohkan untuk kita.
*Sentiasa cuba untuk membentuk sifat yang positif kepada pasangan masing².Tunjukkan sifat kita yang istimewa.Fikirkan apa amalan kita yang boleh dibanggakan pasangan kita.Suami mithali kebanggaan isteri, isteri solehah penyelamat suami..
*Luangkan sedikit masa untuk berbual dengan pasangan setiap hari.Kadang tu kita balik kerja penat² cuba duduk bersama berbual berkongsi apa yang berlaku sepanjang bekerja seharian.
*Kalo dah berjauhan sewaktu berkerja tu cuba SMS atau telefon.Kalo takda benda nak dibualkan, ucapkan kata sayang atau rindu pada pasangan.Orang perempuan ni kalo suami ucap sayang atau rindu, pasti seharian tersenyum kat ofis kan?
*Dalam rumah tangga jangan lah terlalu serius.Cuba wujudkan suasana yang ceria dengan buat lawak atau gurauan yang mesra.Setiap gurauan tu boleh hilangkan rasa penat si isteri yang penat bekerja dan menguruskan rumahtangga dengan anak² tau.
*Para suami pula, cuba ringankan tangan bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.Syukur saya punya suami yang cuba untuk membantu saya di dapur dan menguruskan anak².
*Suami juga perlu jadi penawar hati buat isteri. Cuba ambil berat kemahuan isteri dan peka kepada emosi dan situasi isteri. kadang isteri ni dia nak kan sesuatu tapi sukar dia nak mintak tapi dia bagi 'hint' kepada suami.
* Sebagai pasangan Cintailah pasangan kita sepenuh hati. Wujudkan suasana yang selalu memaafkan jika berlaku pergaduhan dalam rumahtangga.Cuba buang rasa kebencian terhadap pasangan kita bila bergaduh.
*bagi suami pula cuba jadi suami yang pemaaf. Syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami.Setiap malam sebelum masuk tidur maafkanlah isteri jika inginkan rumahtangga yang bahagia dan isteri mudah masuk syurga.Janganlah dibiarkan isteri tidur dengan dosa² dia pada suami akibat leteren si siteri seharian.
*Selalu perbaiki diri.Yang mana kurang kita lebihkan yang mana salah kita betulkan. Banyakkan iman dan takwa, selalu istighfar, memaafkan orang dan jangan lupa minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, mencari pendapatan yang berkat dan perbaiki amalan kita seharian.
* Sang suami pula carilah peluang untuk menjadi romantis terhadap isteri. Selalu senyum,bersikap lemah lembut,kerapkan menyebut sayang pada isteri dalam seharian,cuba buat sebelum disuruh, sentuhan sayang buat isteri,selalulah bagi pujian dan beri hadiah pada isteri.aummmm!
*Akhir sekali masing² kena tingkatkan ilmu agama. Suami kena selalu mendidik isteri dan anak² berkenaan agama.Jadikan Nabi Muhammad SAW kita sebagai role model, Al-Quran sebagai panduan hidup dan ingat Allah SWT sentiasa dalam setiap amalan kita.
Entri ini terbit selepas membaca nukilan suami isteri bukan untuk dimiliki, sungguh hebat perjalanan hidup tuan Denaihati. Boleh baca ye entri tersebut sebagai pedoman.