Senaman dengan basikal baru~

Petang jumaat lepas, weols turun taman test basikal hadiah lucky draw sepetang bersama blogger haitu..untung dapat basikal boleh jugak exercise kuarkan peluh..nak tunggu jogging entah bila kerajinan nak datang..3 minggu lebih dapat baru sempat nak rasmi tu..hehe

Foldable bike..senang nak angkut masuk bonet kete sebab boleh lipat kan..abang ipar cakap harga RM 1k lebih untuk 8gear cam ni..ramai geng2 basikal diorang guna jenis ni katanya..rezeki weols dapat free sebab ada jugak niat nak beli basikal utk exercise..



ada 4 color..sekali tengok macam bike untuk budak² je kan..mati² ingat cikgunaman menang basikal budak masa kat event haitu..hahaha

Senyum sengih dapat kayuh petang²..hehe..Walaupon kecik comel tapi ok je naman naik sebab seat dia boleh laras nak tinggi atau rendah..hihi

Haihh dah berzaman lamanya tinggal dunia kayuh basikal ni..dulu masa form 3 pegi skul naik basikal je lalu jalan kebun getah lagi ada lah dalam 8km jugak..bila fikir balik macam mana lah boleh berani camtu..zaman sekarang tak boleh dah bahaya sebab ramai orang jahat..huhu

Canggih basikal sekarang..baru tahu seat boleh laras camtu je..ingat lagi basikal lama iols setiap kali nak laras ketinggian seat kena guna spanar untuk buka skru..siksa gila..atok yang tolong buatkan..haihh kenangan betui..

Basikal ada sebiji kena lah laras ikut tinggi rendah sebab weols naik gilir2..hahaha mana aci cikgunaman je nak exercise sorang iols nak jugak!

Untung ada taman belakang rumah ni..tak yah nak gi jejauh kalo nak exercise..cuma rajin atau tak je kan..hehehe

Basikal ni best sangat sebab ringan je bila kayuh..Idoklah rasa berat macam kayuh basikal mini ada raga kat depan zaman dolu² tu..hehe..Lepas ni boleh lah cari basikal untuk darwisy pulak..sibuk nak bonceng kat belakang basikal ni..hehe

0 comment... add one now