Kalo tadi dah update pasal hadiah, kali ni entri bergambar dengan rakan blogger pulak.Perkara wajib kalo pergi event yang melibatkan blogger, wajib ada gambar bersama buat kenang²an kan??
Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati.com bukan saja dihadiri oleh blogger dari malaysia je tau, tapi melibatkan Blogger dari Brunei, Indonesia dan jugak Singapore.Memang tabik lah kat team Denaihati dan penaja² lain yang menjayakan majlis SBB2013.Banyak jugak lah kejutan buat tetamu yang hadir..
Antara program di dalam SBB2013 adalah cabutan bertuah, pengumuman nama pemenang contest Iphone 5 gadget Impian, Pelancaran produk baru Denaihati, Mini Forum oleh blogger² hebat dan perkongsian pengalaman hidup dan mati oleh Sani Araby Al-Kahery(Malaysian Consultative Council for Islamic NGOs (MAPPIM)).
Selain blogger, media TV dan suratkhabar juga dijemput hadir di dalam SBB2013.Lihatlah temubual pihak media bersama founder Denaihati.com iaitu En Mohd. Amir Hassan selaku penganjur SBB2013
Ramai sangat rakan blogger yang hadir tak kira blogger baru, lama dan blogger otai turut memeriahkan majlis SBB2013 kali ni..Antara yang sempat iols bergambar adalah
Siezuka menang hadiah cabutan bertuah Kembara Muslim Kemboja suami isteri 6H 5M uolsss..rezeki kan..ekceli ada 2 hadiah ni sorang lagi blogger lelaki..Masing² bujang diorang ni..█
Bro Karl Shafiq sebagai pengacara majlis..Sengih sajo mamat ni..Siap gurau² kat naman sebab banyak kali naik pentas..haha
Wajib bergambar dengan founder Denaihati.com selaku penganjur SBB2013
Oh korang kenal tak sape ni??? Elia Jejari Runcing uolsss..dia datang dengan Mak sedara dan mak dia..semua blogger..malas pulak nak cari link blog diorang..haihh
Majlis habis pukul 6.40, bergegas kitorang pergi solat asar dan terus balik Putrajaya lelaju..hati meronta² nak jumpa putera² kesayangan yang ditinggalkan di rumah opah diorang..huhuhu
Terima Kasih Denaihati Network berjaya menganjurkan majlis dan hadiah yang best..Kalo tak salah, jumlah hadiah hampir RM100K..Bagusnya penaja² contest menaja pelbagai jenis hadiah.. Sepertimana tagline Denaihati. Com, Hidupkan untuk memberi..