Cerita pasal main boling yang sudah setahun lebih tak asah bakat..last kitorang main masa darwisy umor setahun..agak lama tu..kalo baling masuk longkang pon orang tak heran kot..hahaha
Kebetulan pulak hari sabtu ada pertandingan boling tertutup bagi komuniti kami..Aktiviti macam ni boleh merapatkan lagi silaturrahim sesama jiran..oklah kan sambil bersuka ria..Kalo daku tak pregnant boleh jugak tunjuk bakat baling ke longkang..ngehngehngeh..takpelah mak jadi peneman setia sudah..
balingan pertama strike..balingan seterusnya tuan badan lah jawap ye
budak ni balik rumah terus cari pin boling mainan dia..tetiba gian nak main..
kami peneman setia..mak teman kejap lepas tu jalan² dalam alamanda..ternampak lah Dato Siti kat stage simplysiti..tapi mak buat tak kisah je konon tak minat kan..walhal berlagak mentang² dah penah bergambar laga bahu dengan tokti..weeee
geng komuniti dengan tema kuning tahun ni..baju di sponsor..
oklah tu Bie walaupon setahun tak asah bakat..kalo seminggu sekali mesti juara ni
* Meronta² darwisy mintak piala pin boling tu nak buat main..nak dilontar dengan bola boling mainan dia.ni mana boleh dibuat main..