Salam isnin semua..alhamdulillah walaupon agak kelam kabut tapi majlis tetap berjalan dengan lancar semalam..eceh..macam buat besar²an je..Tak da jemputan umum pon, daku hanya jemput family terdekat je..Mak, ayah, paksu maksu, abg ipar dan kakak ipar..tu pon dah riuh serumah..
Dan menu majlis adalah air tangan daku..sila percaya ok! Alah setakat nak masak untuk family kena jugak beranikan diri..Kalo tak sedap pon takpe tak malu sangat kan..hahaha
Gigih mak mula ketung ketang kat dapur lepas subuh..Bila habis je majlis terus badan rasa nak tumbang..
sayur bayam + ikan bilis..
udang masak sambal lengkuas resepi wan di kedah..
ayam goreng kunyit kacang panjang
sup daging
Mujur semua bahan² masak dah siap potong sabtu malam lagi..kalo tak sedia siap² lagi sakanlah berperang kat dapur pagi ahad..huhu
kerabu sotong ni kakak naman yang buat..
Simple dimple je majlis besday darwisy..ni pon daku dah rasa happy sangat dapat berkumpul adik beradik..Kalo tunggu time raya pon memang tak cukup jugak semua..masing² dengan turn nak balik mana raya tahun ni..
Gambar majlis birthday pon xbanyak sangat..Biasalah berkumpul family..ada je nak cerita itu ini..gambar mak ni ha sekeping je tau..hihihi..takpe² yang penting gambar birthday boy dengan kek lagi penting!!!