Hari ni tak sibuk kot boleh la update 2,3 cerita.Pejam celik masuk keja, balik keja dah hari jumaat! Yipppiieee esok leh lah qada tido sepuasnya. haishhh.Sana sini orang dah shopping raya. Giler tak tertahan rasanya! Sabar..sabar..
Eh hari ni dah 10 hari puasa, makanya semalam adalah hari ke-9. Pecah rekod wei semalam akhirnya terbeli jugak juadah berbuka.Ni sebab gara² tergoda dengan MAMALIEYNA a.k.a mama ayep tu la.Mana tahan dengan satay yang dipertontonkan kat blog akak. hehehe ( padahal dari pagi lagi sebelom entri satay beliau keluar dah msg naman cakap macam nak makan satay je berbuka petang ni)Bila dah baca entri mamalieyna lagi la tak tertahan wei.Harus cari jugak petang ni! Ni yang dikatakan tergoda!
Jadi, selepas amik Darwisy terus lah ke Taman Warisan ye bukan PARAM,(tak mo ke PARAM takut nafsu menguasai pulak kang terbeli berlebih²).Kat Taman Warisan tu pon ada jual satay KAJANG( bagi yang tak tahu)tapi versi Putrajaya la.haha. Nasib la kan! Dah satay Kajang je pujaan hati!Jadi juadah berbuka petang semalam 90% adalah beli. Air je buat sendiri.huhu
20 cucuk saja
semangkuk bihun sup pon beli kat Taman Warisan.
Satay tu ai makan 11 cucuk naman makan 9 cucuk! Giler ah bini yang makan lebih!
menu bersahur pagi tadi
Abaikan pinggan yang bermacam corak tu. kobis goreng ngan telur, dan udang goreng 2,2 tu goreng pagi tadi tu
Pagi² sahur w/p menu kering je tak de kuah tapi laju je kitorang makan.Kalo masak berkuah macam kari, kuah lemak tu Ya Allah punya lambat la nak suap ke mulut.
Nota Ringkas: Kalo hari² makan satay, puasa boleh turunkan berat badan tapi jadi bertambah naik. haiyaaaa!