MOIST CHOCOLATE CAKE
BAHAN-BAHANNYA :-
600gm gula halus
450gm mentega/butter/planta
9 biji telur (dipukul terlebih dahulu)
400gm tepung gandum
2 sudu teh soda bikabonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
120gm serbuk koko
320ml air suam
CARA MEMBUATNYA :-
1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang. (putih)
2. Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Kacau rata.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikabonat, baking powder dan garam ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Kacau rata.
4. Masukkan serbuk koko yang telah dikacau bersama air suam ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Kacau rata.
5. Bakar atau pun kukus sehingga masak.
TOPING KEK (Coklat)
Cokelat masakan dicairkan bersama Susu pekat (untuk lebih kilat) dan air.
Cokelat rice untuk hiasan.
*1 adunan kek boleh dapat 2 loyang kek.
*Masukkan adunan kek paras separuh Loyang kek
Petang ni plan nak buat lagi untuk kawan opis esok...hihihi..harap² menjadi lah projek nya..