Macam best je!



SINOPSIS TAHAJJUD CINTA

Drama Tahajjud Cinta mengisahkan pengorbanan dua orang sahabat, Citra Maisara dan Seri dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Mereka berasal dari dua latar belakang yang berbeza. Citra merupakan anak orang kaya yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.

5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra tidak tahu bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Ketika di Jordan, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang juga mempunyai cita-cita yang sama sepertinya.

Seri yang mempunyai sejarah hitam dan telah didera secara seksual semasa kecil, tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra pula telah jatuh cinta dengan Azihan, seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda, kakak Citra ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Setelah pulang ke Malaysia, Citra berjanji kepada dirinya untuk membela hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra juga ingin membuktikan kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni dan memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat kali pertama entah macam mana, dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin.

Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri dari menjadi isteri keempat?Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu?.

Saksikan drama menarik ini di TV3 mulai 8 Julai, setiap Jumaat 9-10 malam.

Mencabar jugak nak tengok Tahajjud cinta ni kan?Mana tak nya cerita mengisahkan perempuan kena penderaan seksual.haihh!Boleh tahan jugak konflik dalam Tahajjud cinta ni.Tengok Iklan kat tv macam best!Ingatkan Khabir Bhatia pengarahnya rupanya Erma Fatima.Ceh!mentang² tengok iklan macam Nur Kasih punya cerita terus ingat cerita Khabir Bhatia

suka lagu tokti Tahajjud Cinta!

0 comment... add one now