PUTRAJAYA 4 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 560 unit pangsapuri di Presint 11 di sini yang akan dibina bawah Program Perumahan 1Malaysia (Pr1ma) akan dijual pada harga yang sudah didiskaun RM120,000 seunit.
Ia merupakan harga yang lebih rendah daripada harga rumah di bawah Program Pr1ma yang ditetapkan antara RM150,000 dan RM300,000.
Projek di Presint 11 yang akan dimajukan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. ini merupakan tapak pertama yang dikenal pasti di bawah fasa pertama Program Pr1ma itu.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, projek pertama itu akan menyediakan 560 unit pangsapuri di kawasan seluas 3.04 hektar (7.6 ekar) dengan keluasan 1,006 kaki persegi dan 815 kaki persegi.
"Projek perumahan ini akan dilengkapi dengan dewan serba guna, taska, tadika, surau, lot-lot perniagaan dan kedai,” katanya semasa berucap melancarkan fasa pertama Program Pr1ma di sini hari ini. - Bernama
Berita semalam, dengarnya rumah ni kalo beli kena duduk bukan tujuan untuk disewakan..Kalo nak jual pulak kena tunggu 10tahun..benarkah?Logik jugak kan?kalo tak berebut² lah orang nak beli untuk buat bisnes.Strategi dia tu mesti nak mudahkan orang berpendapatan rendah memiliki rumah dengan harga yang murah kan..
Cerita pasal harga rumah sekarang pulak kemain mahal lagi.Mana nak cari rumah murah tapi besar???Kat kampung atau pedalaman banyaklah..Takkan nak duduk kawasan pedalaman lak kan?Jadi beli ikut kemampuan nak bayar bulan² jelah.Kang beli rumah mahal², itu ini terpaksa nak kena jimat kan.Biarlah tak nampak kaya pon asal tak papa kedana nak bayar bulan².Haihh melampau² harga rumah sekarang
beruntunglah orang² yang beli rumah 3,4 tahun dulu..Rege masa tu tak mahal sangat kan.Lepas tu besar lak tu.Mana lah nak boleh compare rumah yang dibeli tahun ni walaupon harga sama dengan rumah korang tapi dah tentulah size rumah kecik sikit.Nak beli yang besar kena bayar bulan² mahal.Pendapatan isi rumah 7,8k sebulan boleh lah bayar rumah mahal² kan.Ni nak bayar kereta, hutang pinjaman pelajaran, itu ini haihh takkan nak senarai semua..hahaha..haihh.Nak² baru keje macam kami berdua pulak..uwaaaaa
Kalo kami nak jimat lagi kena balik buat rumah kat tanah wan di kampung je kan..hikhik..Tapi kena lah tunggu pencen..Kang buat awal² tak duduk jugak..hahaha