Dikongsi dari blog Myra
Seorang Muslim dituntut supaya sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah s.w.t, berfirman "Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang." Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa Arab Tuhan ialah Rab. Perkataan Tuhan boleh dikata jamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid di dalamnya. Tiada dua atau tiga hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah ya Allah kerana maksudnya berbeza dengan oh my god.
Budak² zaman sekarang suka sebut OMG kan?Tapi disebalik OMG ada maksudnya yang lebih dari kita tahu.Dulu masa kat sekolah pon ustazah penah tegur jangan sebut Oh My God! Kerana maksudnya tak sama.Tapi tu dulu lah bila dah kena tegur terus takut.Berbeza dengan zaman sekarang OMG dijadikan perkataan harian pulak kan
Kadang² kita tak pernah terfikir, tak tahu dan tak pernah ambil tahu kan..